Bola SepakSukan

Peja pun terkinja sorak, sedap salahkan penyokong

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa pemain Harimau Malaya hilang fokus gara-gara sorakan penyokong ketika skuad negara mendahului 1-0 ke atas Bahrain dilihat kurang matang dan seolah-olah langsung tidak memahami bola sepak.

Malah, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, menyifatkan kenyataan menteri berkenaan amat memalukan.

“Apa masalahnya apabila kira-kira 63, 000 penyokong bersorak ketika pasukan negara mendahului Bahrain 1-0.
Kenapa penyokong perlu dipersalahkan? Ingat stadium ni perpustakaan ke?

“Beliau (Ahmad Faizal) juga kelihatan bersorak di bangku VVIP sama seperti penyokong Ultra Malaya lain, tetapi mengapa penyokong dipersalahkan. Kalau tidak tahu membuat kenyataan, baik diam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Muqharabbin berkata, penyokong skuad Harimau Malaya hadir sejak jam 5 petang lagi untuk memberi sokongan kepada pasukan negara.

“Penyokong Ultra Malaya berjam-jam bersorak dan menyanyikan lagu semangat supaya pemain terus mengekalkan rentak permainan sehingga tamat perlawanan.

“Saya juga memuji sikap semua penyokong yang hadir pada malam terbabit. Walaupun hujan lebat, namun sanggup meredah dalam hujan lebat ke kenderaan masing-masing yang diletakkan hampir 2Km dari stadium,” katanya.

Beliau memuji pasukan Harimau Malaya kerana berjaya memberikan aksi terbaik walaupun keadaan padang yang basah.

“Banyak peningkatan yang dapat dilihat dan kita harus sama-sama doakan agar perlawanan menentang Bangladesh nanti, kita menang besar,” katanya.

(Visited 705 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button