Sukan

52 sertai golf sempena hari keputeraan Raja Perlis

Seramai 52 orang peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis yang dilangsungkan di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis di Sungai Batu Pahat pada pagi semalam.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Presiden KGP Perlis berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah di akhir pertandingan tersebut yang mana Fauzi Osman talah mendapat pukulan Hole In One pada lubang nombor 4.

Sempena sambutan Hari Ulangtahun baginda pada kali ini beberapa pertandingan sukan lain akan turut dilaksanakan termasuklah Kejohahanan Woodball Terbuka UiTM Cawangan Perlis 2022 dari 19 hingga 22 Mei dan Kejohanan Ragbi DiRaja Perlis Terbuka 7 Sepasukan (Perlis Royal 7s) 2022 dengan penutupnya pada 29 Mei ini.

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button