Hiburan

Papa I Amy Search, you ada apa? – Nabila Huda

BERANG dengan sikap segelintir masyarakat yang suka membuat perbandingan, pelakon, Nabila Huda membuat satu pesanan terbuka menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut pelakon itu, dia memberi amaran keras terhadap individu yang suka membanding-bandingkan saiz badan,

“Saya bagi amaran keras kepada whoever yang suka compare pasal size badan ni. You Better Stop kalau taknak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda.

“I can you know..You don’t know me! I cakap on behalf semua wanita dan lelaki yang lalui benda ni..” tegasnya.

Pada masa sama, Nabila menyatakan setiap orang mempunyai kecantikan masing-masing dengan cara-cara yang tersendiri.


“Tak kira la macamana rupa kite, rambut kite, kulit kite, bentuk badan kite, EVERYONE IS BEAUTIFUL IN THEIR OWN WAY!

“Stop comparing, stop judging! That’s not nice you know..” ujarnya.
Tindakan Nabila itu juga mendapat sokongan daripada rakan selebriti yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.-SM
(Visited 53 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button