Hiburanpilihan

Zul Ariffin masuk hospital, alami tekanan darah tinggi

Pelakon popular Zul Ariffin terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi pada petang semalam.

Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Afdal Shahizad yang turut memberitahu keadaan Zul kini semakin baik selepas mendapat rawatan.

“Ketika itu Zul berada dalam keadaan kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi.

“Bagaimanapun, sekarang ini keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut. Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Zul telah ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam bermula pada pukul 4 petang semalam.


Semalam, Zul memuat naik gambarnya dalam keadaan terbaring di atas katil hospital di akaun rasmi Instagram miliknya.

Gambar tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat berkenaan keadaan terkini kesihatan Zul. -SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button