Hiburan

Akui Teruja Memegang Watak Chrono, Bintang Bola Sepak Tak Sabar Untuk Beraksi!

Siapa yang tidak mengenali bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo.

Bintang itu sekali lagi mencuri tumpuan peminatnya apabila sebuah jenama permainan video, Garena Free Fire Game melantik beliau sebagai duta jenama global permainan video game itu yang terbaharu.

Bukan sahaja sebagai duta, bahkan permainan video game popular tahun 2019 ini bakal menampilkan karakter Ronaldo sebagai “Chrono” dalam permainan video berkenaan.

Menurut Harold Teo selaku penerbit Garena Free Fire Game, kolaborasi antara Garena Free Fire Game dengan Ronaldo bertujuan membina strategi untuk terus membawa kandungan menarik kepada semua peminat permainan video itu.

Beliau berkata bintang bola sepak ternama itu memberikan inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia dan peluang untuk bekerjasama serta menampilkan beliau kepada jutaan peminat Free Fire adalah satu perkara yang sangat mengujakan.


Di samping itu, Christiano Ronaldo juga ujar gembira dengan kolaborasi ini.

“Rasanya hebat untuk memiliki karakter dalam Free Fire yang dicipta khas untuk saya”, ujarnya.

Nantikan Free Fire Game edisi khas penampilan Christiano Ronaldo yang bakal dilancarkan pada 19 Disember ini!

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button