fbpx
Rencah Hidup

Pakai baju kurung: Peguam tegur Sajjad

USAHAWAN kosmetik yang kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ditegur berhubung pemakaian baju kurung yang didakwanya tidak tertulis dalam al-Quran.

Ini kerana sebelum ini Muhammad Sajjad dalam Instagramnya mengecam tindakan netizen menegurnya memakai baju kurung yang dikatakan bukan tidak tertulis dalam al-Quran sebagai pakaian wanita.

Beliau kemudian menyelar tindakan netizen yang membesarkan hal tersebut dan tidak mahu menerima baju kurung dipakainya adalah baju untuk wanita.

“Wahai Encik (Muhammad Sajjad), memanglah tak ada surah yang kata baju kurung itu milik wanita, tak ada juga surah yang kata bra atau coli itu juga milik wanita.

“Tetapi kalau Encik ke sana ke sini dok pakai coli dan baju kurung mmg ianya pasti mengundang kecaman.


“Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ‘Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.’

“Maaf saya tak berapa nak faham apa yg cuba disampaikan oleh Encik Sajjad.”

Kata peguam dan penganalisis politik, Adnan Seman yang menyelar tindakan Muhammad Sajjad menafikan baju kurung bukan pakaian wanita.

ADNAN SEMAN

Sebelum ini, dalam Instagram Muhammad Sajjad, beliau memuatnaik gambarnya berbaju kurung dengan satu kenyataan marah terhadap netizen.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kecaman kerana selain daripada menafikan baju kurung dipakainya bukanlah khas untuk wanita, beliau juga cuba kaitkan halal dan haram dengan isu daging lembu.

Beliau yang cuba menafikan tindakannya memakai baju kurung sebagai bukan satu kesalahan cuba menyelar netizen yang memakan daging lembu tanpa mengetahui status halal atau haram.

Walau bagaimanapun, Adnan dalam hantaran Facebooknya itu turut mendoakan supaya Muhammad Sajjad kembali ke pangkal jalan.

Untuk makluman, Muhammad Sajjad sebelum ini didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita. – SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button