HiburanLuar Negara

‘Lightyear’ Disney-Pixar tidak akan ditayangkan di Malaysia dan 13 negara lain

WALT Disney Co tidak dapat kebenaran untuk menayangkan filem baharu terbitan Pixar, ‘Lightyear’ di 14 negara Timur Tengah dan Asia, kata sumber semalam, dan filem animasi itu tidak mungkin ditayangkan di China, pasaran filem terbesar di dunia.

Seorang penerbit ‘Lightyear’ memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa di China telah meminta potongan beberapa babak dalam filem tersebut, Disney enggan membuat demikian, dan dia memnust kesimpulan bahawa filem itu tidak akan ditayangkan di sana juga. Filem animasi itu menggambarkan pasangan sejenis yang berkongsi ciuman mendorong Emiriah Arab Bersatu untuk mengharamkan filem itu.

Emiriah Arab Bersatu berkata hubungan pasangan itu melanggar standard kandungan media negara itu. Homoseksualiti dianggap jenayah di banyak negara Timur Tengah.

Wakil negara lain, termasuk Arab Saudi, Mesir, Indonesia, Malaysia dan Lubnan, tidak memberi sebarang jawapan untuk mengulas untuk tidak membenarkan filem itu ditayangkan.

Lightyear ialah prekuel kepada francais Toy Story yang dihasilkan oleh Pixar. Untuk filem animasi ini, Chris Evans memegang watak utama, Buzz Lightyear, sebagai seorang legenda renjer angkasa.

Dalam filem itu, watak kawan rapat Buzz ialah seorang renjer angkasa wanita yang berkahwin dengan wanita lain. Adegan yang menunjukkan peristiwa penting dalam hubungan pasangan itu termasuk ciuman singkat.

Disney belum menerima jawapan daripada pihak berkuasa China sama ada mereka akan membenarkan filem itu di pawagam, kata penerbit Lightyear Galyn Susman. Tetapi dia berkata pembuat filem tidak akan membuat perubahan pada filem itu. China telah menolak unsur-unsur homoseksual pada beberpa filem terbitan antarabangsa lain pada masa lalu.

Walau bagaimanapun, China bukanlah pasaran “pecah panggung” untuk Pixar, kata satu sumber industri teater. Ia menyumbang hanya 3 peratus kepada filem box office global untuk Toy Story 4, yang mengaut lebih AS$1 bilion (RM4.41 bilion) dalam jualan tiket di seluruh dunia pada 2019, menurut Comscore.

“Lightyear” bakal ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat dan Kanada pada hari Jumaat ini.

Pada bulan Mei, filem Marvel “Doctor Strange and the Multiverse of Madness.” juga telah dikenakan tindakan yang serupa oleh Arab Saudi dan segelintir negara Timur Tengah. – SM

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button