NegeriRencah Hidup

Pengguna perlu amanah bayar tunggakan bil air RM34.8 juta

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar kenangan sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

TUNGGAKAN bil air di Perlis kini sudah mencecah RM34.84 juta. Berikutan itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menasihati semua pengguna bekalan air di negeri ini bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil air.

“Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak, insya-Allah pengurusan bekalan air dapat dipertingkatkan,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima titah ucapan dari Mohd Shukri sambil diperhati Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

Titah Baginda telah dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

Berkenan berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memberi tabik hormat pada perbarisan kehormat utama sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

Raja Perlis bertitah, perkhidmatan bekalan air terawat di Perlis juga sehingga kini masih belum mencapai tahap optimum dan kualiti yang memuaskan.

Titah Baginda, isu Air tidak Berhasil (Non-Revenue Water, NRW) juga masih tinggi, iaitu pada kadar 62.5 peratus.

“Beta mengambil maklum bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi geran kepada semua negeri yang mempunyai kadar Air Tidak Berhasil (NRW) melebihi 50 peratus,” titah Baginda.

Titah Baginda, diharapkan agar kerjasama ini dapat membantu Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada rakyat.

Baginda bertitah, kerajaan negeri juga perlu melipatgandakan usaha bagi meningkatkan hasil negeri melalui sumber-sumber baharu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berdoa sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

“Juga harus dibuat analisa kritikal dan berani dalam membuat keputusan bagi pelaksanaan dasar-dasar baharu yang baik,” titah Baginda.

Baginda bertitah, dasar dan projek yang sudah tidak relevan dengan dinamik semasa perlu diubah suai atau diganti segera agar memberikan faedah maksimum kepada rakyat. – SM

BACA Pelarasan tarif air: Selangor ambil langkah susulan bantu pengguna terkesan

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button