Luar Negara

Pasangan sejenis bengang rugi majlis resepsi tidak dihadiri tetamu

APA yang berlaku di negara Barat, jangan sampai menular dan menjadi ikutan rakyat di negara ini kerana lumrah masyarakat kita, suka benar tiru dan mudah terima pengaruh luar.

Ada sebab mengapa hampir separuh tetamu yang diundang ke majlis resepsi pasangan sejenis di Amerika tidak hadir dan ‘pengantin baru’ ini rugi lebih RM120,852.

Menurut portal berita MailOnline, remaja transgender yang berusia 18 tahun, Grey Narvaez-Dragion memuat naik klip video yang memaparkan visual terdapat beberapa meja kosong tanpa tetamu.

“Sebanyak 88 orang kata akan hadir ke majlis resepsi kami namun yang hadir, tidak sampai 40 orang,” luahnya menerusi catatan yang terdapat pada kapsyen video tersebut.

Disebabkan tidak ramai tetamu yang hadir ke majlis resepsi mereka, pasangan ini terpaksa membatalkan beberapa acara termasuk tarian dan makan malam.

Mereka juga terpaksa memendekkan tempoh majlis.

Usai majlis tamat, pasangan pengantin baru ini duduk menitiskan air mata kesedihan kerana majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut secara gembira, bertukar sendu.

Menjengah di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan komen berbaur simpati terhadap pasangan itu.

Ada komen yang menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kejadian majlis resepsi yang gagal bagi pasangan tersebut.

“Jika anda tidak dapat hadir atau memenuhi undangan ke majlis perkahwinan, sekurang-kurangnya maklumkan kepada tuan rumah.

“Dapatlah tuan rumah membuat bajet makanan dan minuman. Jangan ambil mudah kerana sikap itu menyusahkan tuan rumah,” komen salah seorang netizen. – SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button