Nasional

Remaja Selangor jalani pemulihan meningkat

MAJLIS Agama Islam Selangor melaporkan peningkatan dalam program pemulihan remaja pada 2017 hingga 2019.

Berdasarkan program di 30 buah Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab, peningkatan berlaku antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun di kesemua rumah.

Menurut satu kenyataan, pada 2017 seramai 1,273 pelatih menjalani pemulihan dan angka tersebut meningkat kepada 2,039 pada 2018.

Pada 2019 pula, seramai 2,260 remaja jalani program pemulihan disusuli dengan kemasukan pelatih baharu iaitu 1,622 orang setakat Jun 2020.

Peningkatan tersebut disifatkan sebagai keberhasilan usaha kerajaan negeri dalam menjuarai isu sosial serta menurunkan kadar masalah sosial di Selangor.

BACA > Kencing tikus: seorang maut, empat masih dirawat di HSNZ — Suara Merdeka

“Peningkatan jumlah pemulihan ini menunjukkan usaha MAIS bersama pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO-i) berjaya menyantuni golongan remaja yang dibelenggu masalah akhlak dan akidah untuk kembali ke fitrah sebenar.

“Selain membantu golongan riqab ini, program ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dan MAIS.

“Dalam menangani masalah sosial di negeri ini selaras dengan dasar Kerajaan Selangor iaitu Negeri Smart and Caring (SAC).”

Kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000 kepada rumah perlindungan di bawah kelolaan MAIS di Shah Alam, hari ini.

BACA > Perbicaraan Ahmad Zahid: Kim Yew jual banglo sebab lokasi dekat surau — Suara Merdeka

Dalam peruntukan tersebut, setiap rumah menerima RM5,000 sebagai bantuan untuk menampung kos keperluan dan perbelanjaan harian.

“Program ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban pihak pengurusan.

“Selain itu juga bagi melaksanakan aktiviti dan program harian bagi membantu golongan remaja yang dibelenggu masalah sosial seperti ketagihan dadah, LGBT dan khalwat.

“Kerajaan Negeri sedia maklum tentang inisiatif pihak MAIS NGO-i mewujudkan beberapa institusi dan pusat pemulihan.

BACA > Nama Almarhum Sultan Ahmad Shah dicadang diabadikan pada ‘Soccer City’ Putrajaya — Suara Merdeka

“Atau rumah perlindungan yang dilengkapkan dengan pengisian program bermanfaat,” ujarnya. – SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button