Nasional

Harta Muhammad Sajjad berjaya dilelong RM132,000

Harta peninggalan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang melarikan diri bagi mengelakkan tindakan undang-undang berjaya dilelong pada pada harga RM132,000.

Harta yang terletak dalam rumah Muhammad Sajjad di Kota Damansara berkenaan berjaya diperolehi seorang lelaki yang ‘menewaskan’ dua pembida lain pada sesi lelongan hari ini.

Proses lelongan terbabit pada mulanya disertai oleh lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.

Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat rumah Muhammad Sajjad.

Sebelum ini media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan harta Muhammad Sajjad  disita dan dilelong susulan kegagalannya membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources.

Mahkamah membenarkan permohonan OWA Resources Sdn Bhd menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar oleh Muhammad Sajjad atau dikenali Nur Sajat melalui proses penyitaan dan dilaksanakan hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Muhammad Sajjad tidak memberi sebarang respons untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi kepada OWA Resources.

 

 

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button