Ekonomi

‘Original Recipe Burger’, menu baharu KFC

RESTORAN ayam goreng kesukaan ramai Kentucky Fried Chicken (KFC) kini memperkenalkan burger baharu iaitu KFC Original Recipe Burger.

Original Recipe Burger itu menampilkan ciri-ciri kegemaran ramai, selain diperbuat daripada 100 peratus filet ayam yang diperap, ia juga disaluti 11 herba dan rempah ratus rahsia.

Perapan itu akan dibiarkan sehingga warnanya menjadi perang keemasan sebelum filet ayam itu dimasak empuk, juicy dan rangup.

Malah, hidangan Original Recipe Burger itu dilengkapkan dengan salad, mayonis dan sekeping keju, kemudian diapit dengan ban bijian lazat.

Resipi yang telah disempurnakan ini kekal konsisten sejak 75 tahun dahulu membuatkan penggemar KFC jatuh cinta terhadap KFC.


“Original Recipe Burger sememangnya signature yang hanya boleh didapati di KFC yang disediakan segar di restoran dengan penuh ketekunan dan kawalan kualiti ketat.

“Jangkakan hanya kualiti tertinggi seperti yang telah ditetapkan oleh Colonel Sanders ketika anda menikmati burger ini.

Kata Timbalan Pengurus Besar Pemasaran, KFC Malaysia, Evelyn Ng, dalam satu kenyataan hari ini memperkenalkan menu baharu dengan resepi KFC turutn temurun.

Original Recipe Burger baharu secara rasminya boleh didapati di menu KFC bermula esok dengan harga RM10.49 dan boleh didapati melalui 3 variasi iaitu À la Carte, Kombo, dan The One Box.

Malah, 10% diskaun bagi setiap pesanan boleh dinikmati para pelanggan untuk waktu terhad dan bagi Oiginal Recipe, pelanggan boleh mendapatkan di aplikasi KFC Malaysia dan website KFC menggunakan kod promo ORIGINAL.

Khusus untuk pelanggan Self Collect dan Pandu Ambil, pakej khas mengandungi satu Original Recipe Burger, seketul ayam, Cheezy Wedges, dan minuman juga boleh didapatkan untuk waktu terhad.

KFC dan rakyat Malaysia amatlah sinonim dan sering menjadi juadah bagi menyambut sebarang perayaan ataupun majlis keramaian.

KFC telahpun dibuka sejak tahun 1973 dan ianya kekal sebagai jenama ayam goreng kegemaran setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Bertahun lamanya jenama ayam goreng tersebut berada dalam pasaran, pelbagai rasa, format, dan konsep ciptaan KFC tersendiri telah dinikmati oleh semua orang. – SM

(Visited 1,337 times, 3 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button