Ekonomi

KFC raikan peminat dengan promo RM20 untuk 2 Kombo Snack Plate

EKSKLUSIF untuk satu hari sahaja, esok 20 Oktober 2022, KFC akan menawarkan diskaun menarik terhadap menu signature dan popular kami, Kombo Snack Plate.

Suatu tawaran yang sukar untuk dilepaskan, untuk RM20 sahaja, para pelanggan bakal dapat 2 Kombo Snack Plate (harga normal: RM16.99 / kombo) yang merangkumi 2-ketul ayam goreng Original atau Hot & Spicy, kentang putar, coleslaw, ban butterscotch, dan minuman, dalam setiap kombo.

“Promo ini adalah salah satu bentuk ‘terima kasih’ kami kepada rakyat Malaysia atas kesetiaan dan sokongan kuat mereka. Terima kasih kepada para peminat, kami berjaya mengharungi cabaran pandemik dan ingin menunjukkan penghargaan kami melalui promo ini. Kami kekal komited untuk memastikan harga berpatutan selaras dengan nilai dan kualiti tanpa kompromi,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Tambahnya lagi, “Para pelanggan kami berhak mendapat ayam goreng berkualiti tinggi untuk pengalaman sedap hingga menjilat jari menyeluruh. Melalui polisi “Rasa Berkualiti Terjamin”, pelanggan boleh menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan. Pelanggan cuma perlu imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan ‘submit’ borang penukaran, dan tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian.”

Bersiap sedia untuk 20 Oktober 2022! Tawaran *RM20 untuk 2 Kombo Snack Plate boleh didapati di restoran KFC seluruh negara melalui makan-di-restoran, bawa pulang, dan pandu lalu, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, muat turn aplikasi KFC serba baharu atau layari www.KFC.com.my. – SM

(Visited 982 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button