Ekonomi

KFC memperkenalkan Burger P. Ramlee

Sekali rasa, bergetar jiwa…

PERGINYA Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih tiada pengganti.  Beliau kekal sebagai ikon negara yang telah berjaya menawan hati seluruh rakyat Malaysia tidak kira umur, bangsa, dan agama dengan filem-filem dan lagu-lagu beliau yang masih menghiburkan kita sehingga ke hari ini. Dilahirkan dan dibesarkan di Penang, P. Ramlee juga amat dikenali sebagai seorang yang gemar makan Nasi Kandar.

Burger P. Ramlee, menu baharu dan eksklusif untuk waktu terhad adalah satu penghormatan khas buat legenda negara, P. Ramlee. Dalam filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi, Nasi Kandar juga ada diketengahkan dalam salah satu babak, menunjukkan kesukaan beliau terhadap juadah ini.

Burger P. Ramlee menyuntik pelbagai rasa aromatik dari bahan-bahan unik dalam Nasi Kandar kepada Zinger Hot & Spicy. Nikmati Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup, kemudian disempurnakan dengan sayuran berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar.

“P. Ramlee merupakan seniman agung yang telah meninggalkan legasi kaya dalam budaya Malaysia yang masih relevan dan diminati semua. Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee – gabungan memikat KFC Zinger dan makanan kegemaran P. Ramlee, Nasi Kandar meraikan legasi beliau dan satu penghormatan khas kami kepadanya,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.


Ini bukan cobaan… Burger P. Ramlee secara rasminya dilancarkan hari ini di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia dan boleh didapati melalui pelbagai pilihan:

(1) À la Carte,

(2) Kombo,

(3) Set Legenda, dan

(4) Kombo Ikon.

Gunakan kod promo PRAMLEE untuk mendapatkan diskaun 10% untuk pesanan melalui aplikasi KFC. Tertakluk terma dan syarat.

Elak dari beratur panjang dan dapatkannya mudah dan selamat melalui KFC Delivery, ‘Self Collect’, atau Pandu Ambil. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi mobil KFC Malaysia.  – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button