Hiburan

Lucinta Luna muncul imej lelaki, kembali kepada fitrah?

SANGAT mengejutkan apabila penyanyi dan juga personaliti media sosial, Lucinta Luna telah muncul dengan imej lelaki ketika program temu bual di YouTube Boy William baru-baru ini.

Tampil dengan mengayakan baju sejuk hijau, berseluar jeans dan berambut pendek serta ingin dipanggil dengan nama sebenarnya iaitu Muhammad Fatah.

Malah, ketika wawancara itu berlangsung, dirinya juga tidak menggunakan suara wanita tetapi menggunakan suara asalnya yang garau.

Fatah juga mengatakan dirinya penat menjadi seorang yang lain (Lucinta Luna) yang penuh dengan kontroversi.

“Selama ini jadi dia (Lucinta Luna), ada rasa tertekan , takut, dimaki, diancam suruh mengaku. Sampai bila?


“Jujur saya penat! Tapi bagaimana untuk meraih rezeki sekarang di negara kita?

“Saya dikatakan kononnya buat pembedahan di Thailand, bedah payudaya, bedah kelamin. Sebenarnya Lucinta itu tidak ada. Dari dulu Lucinta Luna itu tak ada, dia hanya pura-pura, mahu wujud, bercita-cita untuk popular, itu saja,” katanya.

Fatah turut bercerita dia sememangnya dilahirkan sebagai lelaki normal tetapi disebabkan dia membesar dalam kalangan ahli keluarga yang kebanyakannya perempuan maka dia jadi seperti dirinya sekarang.

Tambahnya, menjadi Lucinta Luna membuatkan dirinya berasa takut terutama berkaitan hukum agama.

Namun, di akhir wawancara tersebut, dia sekali lagi mengejutkan orang ramai dengan mengatakan bahawa kenyataannya hanyalah ‘prank’ dan dia terus menanggalkan rambut palsu.

Dia turut menegaskan dirinya adalah wanita sejak lahir lagi.- SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button