Hiburan

Dituduh anti-vaksin, Rita Rudaini ajak pengacara bersemuka

PELAKON, Rita Rudaini mengajak pengacara yang didakwa menuduhnya sebagai seorang anti-vaksin untuk bersemuka dengannya.

Menurut Rita, dia tidak pernah mengakui yang dirinya seorang anti-vaksin dan mempertikaikan tindakan pengacara itu yang menuduhnya sedemikian.

“Apa bukti dia mengatakan saya anti vaksin? Besar dan berat sangat tuduhan tu. Boleh jadi fitnah.

“Adakah dengan membuat rebusan herba dan meminum airnya salah? Adakah ia haram? Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan?

“Sedangkan Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan herba seperti Habbatussauda, Zaitun, Henna, Siwak untuk tujuan perubatan. Malah dalam al-Quran juga menjelaskan perkara ini,” katanya.

Menurut Rita lagi, adakah menjadi kesalahan untuk seseorang yang mengamalkan pengambilan herba sebagai satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri? Adakah itu boleh dilabel anti vaksin?

“Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada memberikan tips berkenaan amalan air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh bagi kecergassn diri dan menguatman imunisasi badan.

Antara rempah ratus itu adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kunyit hidup, halia, serai dan kayu manis,” katanya.

Jelas Rita, jangan hanya kerana dia berkongsi perkara tersebut dan kekurangan vaksin membuatkan dia boleh dilabel sebagai seorang anti vaksin. -SM

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button