Hiburan

Jarak umur Neelofa dan PU Riz dipertikai, Rosnah Mat Aris tetap bahagia

PETANG tadi, nama Irfan Azlan menjadi antara carian tertinggi di laman sosial Twitter. Masalahnya, siapa Irfan Azlan ini?

Rupanya lelaki ini dikecam pengguna Twitter kerana mempertikaikan jarak umur antara pasangan yang baru bertunang iaitu selebriti Neelofa dan pendakwah, Haris Ismail yang lebih dikenali sebagai PU Riz.

Di dalam ciapan lelaki tersebut, dia memberitahu perbezaan umur antara kedua-dua pasangan itu ialah enam tahun dengan Neelofa berusia 31 tahun dan PU Riz, 25 tahun.

Jelasnya, apa yang berlaku kepada Neelofa membuktikan yang wanita mempunyai had umur bila menyentuh isu perkahwinan.

“Dalam satu masa, kau tidak akan laku bila kau dah berusia. Sebab itu bila golongan ibu selalu bertanya bila nak kahwin,” katanya.

Ciapan Irfan itu mendapat kecaman terutamanya daripada golongan wanita. Malah, Irfan juga telah membuang akaun Twitternya.

Sehingga kini, masih tidak diketahui siapa Irfan yang sebenarnya. Tetapi yang pasti kuasa kecaman wanita telah berjaya membuatnya keluar daripada media sosial Twitter.

Sebenarnya, isu perkahwinan melibatkan wanita yang lebih tua berkahwin dengan lelaki yang muda sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu melibatkan selebriti tempatan.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin mempunyai jarak usia sehingga 11 tahun. Tetapi hidup mereka tetap bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup comel.

Ratu Rock negara, Ella dan suaminya, Azhar Ghazali pula mempunyai jarak umur sebanyak 16 tahun. Mereka juga bahagia dengan kehidupan sehingga mampu menjadi tauke ladang cili.

Tetapi, pasangan ini yang paling otai iaitu Rosnah Mat Aris dan Tajul dengan jarak perbezaan umur sebanyak 26 tahun.

Rosnah ketika perkahwinannya berusia 53 tahun dan suaminya, Tajul Effendie atau lebih mesra disapa sebagai Blue pula baru berusia 27 tahun.

Jadi, apa masalahnya kalau seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya? -SM

(Visited 30,758 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button