Hiburan

Korang nak aku mati ke? – Acong Sweetchild

BARU-baru ini penyanyi, Acong Sweetchild memuat naik gambar yang menunjukkan dia telah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang pertama.

Gambar tersebut mendapat komen yang tinggi di laman sosial dan tidak lama kemudian, Acong telah memadamkan gambar tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Menurut Acong, dia mengambil keputusan untuk memadamkan gambar tersebut kerana berasa tertekan dengan komen-komen yang ditinggalkan.

“Ada yang komen kata saya ni warga emas sebab itu dapat suntikan awal dan macam-macam lagi pertanyaan lain yang buat saya rasa macam lebih baik saya padam sahaja gambar itu,” katanya.

Acong berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran program Starvendors Mega Raya Fest 2021 di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa (PWTC) semalam.

Ujar Acong lagi, ada juga individu yang cuba menakutkan dia dengan menghantar berita-berita palsu berkenaan kematian yang dihadapi penerima vaksin.

“Apabila dapat mesej sebegitu, saya tanya semula ‘korang ni nak aku mati ke? Kenapa hantar mesej-mesej macam ni kat aku

“Patutnya mereka kena sokong. Kita dah dapat vaksin yang pertama ni akan rasa lega dan bukan ditakutkan dengan mesej-mesej sebegitu,” katanya.

Jelas Acong lagi, komen dan kiriman mesej sebegitu membuatkan dia rasa seperti tidak mahu untuk mengambil suntikan vaksin ke dua.

Tetapi ujarnya, dia tidak mahu perkara itu membunuh semangatnya dan beranggapan bahawa kematian adalah sesuatu yang telah ditetapkan Allah.

“Saya sampai pernah terfikir yang saya akan mati selepas mengambil vaksin kedua. Tetapi bila fikir balik, soal mati ini adalah sesuatu yang sudah ditetapkan Allah.

“Sebab itu kita kena redha dan saya juga berharap supaya semuanya selesai dengan baik untuk suntikan vaksin kedua nanti,” katanya yang bakal disuntik beberapa hari selepas hari pertama Aidilfitri. -SM

(Visited 858 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button