fbpx
HiburanUlasan

5 Filem Berkenaan Wabak Penyakit Berjangkit dan Eksploitasi Terhadap Manusia

Filem dihasilkan untuk menzahirkan idea kreatif yang berlegar-legar di dalam fikiran kebanyakan penulis skrip dan juga pengarah.

Yang menjadi perbincangan adalah masksud di sebalik idea tersebut, adakah sekadar imaginasi kosong atau ramalan masa hadapan?

Sebelum ini kita mungkin pernah didedahkan dengan filem-filem yang memiliki unsur berlakunya penyebaran virus sehingga memberi risiko kepada orang awam.

Namun sejauh mana kita sebagai penonton menghayati mesej yang disampaikan sebagai iktibar dan langkah keselamatan atau sekadar menonton untuk berhibur?

Berikut adalah antara senarai filem tempatan dan juga luar negara yang ada bercerita tentang virus atau wabak penyakit dan ekslpoitasi terhadap manusia :


1. Kingsman : The Secret Service

Filem ini diterbitkan pada tahun 2014 dan walaupun ia mengisahkan perjalanan anak-anak muda yang dilatih untuk menjadi perisik, inti pati di dalamnya harus diberi perhatian.

Richmond Valentine (Samuel L. Jackson) adalah seorang yang sangat kaya dan menguasai teknologi semasa selain memiliki objektif yang tersendiri.

Richmond menjanjikan sesiapa yang sudi menyerahkan diri mereka untuk dimasukkan satu cip, mereka akan dilindungi dengan lebih selamat.

Idea ini diterima oleh ramai pihak termasuk orang-orang penting dalam kerajaan dan mereka bodoh-bodoh menyerahkan diri untuk kepentingan peribadi.

Namun pada akhirnya, ketika Richmond hampir ditumpaskan oleh Gary “Eggsy” Unwin (Taron Egerton) dan pasukannya, sesuatu yang tidak pernah terfikir dek akal telah berlaku.

Pertama, kepala orang-orang yang membenarkan cip ditanam meletup secara serentak dengan tiba-tiba di pelbagai kawasan hanya dengan satu butang.

Kedua, orang awam menjadi gila dan berbunuhan semasa sendiri apabila menerima panggilan pada telefon masing-masing dan ia adalah kawalan secara gelombang.

2. J Revolusi

 Watak utama yang dibawa oleh Zul Ariffin dan turut dibintangi Nur Fazura ini menjadi salah satu filem yang paling ditunggu peminat filem pada tahun 2017.

Jay Zulkarnain atau Judo (Zul Ariffin) adalah seorang ketua pegawai Unit Tindak Khas (UTK) yang sangat hebat dan tidak pernah gagal dalam 53 misi.

Jay mempunyai seorang adik bernama Dian (Fazura) yang menjadi seorang ejen penyamaran dalam kumpulan untuk menghasilkan satu virus.

Konflik terjadi apabila Dian cuba menyelamatkan rakan sekerja yang berada dalam ancaman daripada penjenayah, si pembeli virus, Andra (Farid Kamil).

Dian diculik oleh penjenayah itu. Dalam misi menyelamatkan Dian, Jay terperangkap dan dituduh bersubahat dengan penjenayah,

Semasa menjalankan misi penyelamatan itu, Eddie (Izara Aisyah), rakan kepada Jay telah didedahkan dengan virus generasi pertama dan Andra sengaja meletakkan Eddie taman tema permainan.

Salah satu sebabnya lokasi tersebut terdapat ramai orang awam dan virus boleh tersebar dengan pantas sama seperti di Wuhan, China apabila virus Covid-19 dibebaskan di kawasan pasar.

Kesannya, orang awam yang tidak bersalah didatangi rasa tidak selesa dan kesakitan yang luar biasa akibat terkena jangkitan virus tersebut.

3. World War Z

Berdasarkan novel oleh Max Brooks dengan tajuk yang sama, Perang Dunia Z menceritakan kisah seorang bekas pekerja PBB yang berlumba-lumba mencari masa untuk mencari vaksin untuk virus yang membunuh.

Bermula dengan kisah seorang lelaki, Gerry (lakonan Brad Pitt) dan isterinya serta dua orang anak perempuannya keluar pada suatu pagi untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Kemudian berlaku sebuah kemalangan yang mengejutkan dan penduduk bandar berkelakuan aneh dengan menggigit orang lain lalu berubah menjadi zombi.

Bersama dengan ahli virologi bernama Andrew Fassbach (Elyes Gabel), Gerry dihantar ke pangkalan tentera AS di Korea Selatan – tempat yang dianggap sebagai lokasi wabak pertama wabak zombi ini. Semasa dalam perjalanan, Gerry perlu menghadapi ratusan makhluk mengerikan yang lapar dan dahagakan darah.

Mampukah Gerry mendapatkan vaksin untuk menghapuskan virus ini?

4. Krishh 3

Jika anda salah seorang peminat filem aksi dari Bollywood, pastinya filem dengan judul Krishh lakonan Hrithik Roshan termasuk dalam senarai tontonan wajib anda.

Filem Krishh dalam siri ketiganya memaparkan masyarakat India terjejas kerana masalah kesihatan yang kritikal berpunca daripada air.

Penjahat dalam cerita ini telah menyebarkan virus menerusi air kerana air adalah satu keperluan untuk diminum dan sebagainya.

Sesiapa sahaja yang terkena air yang dijangkiti virus tersebut akan menggelupur, lemah dan tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan.

Mujur Krishh menemui penawar dan membebaskannya di udara untuk meneutralkan semula keadaan agar masyarakat India beransur-ansur pulih.

5. Quarantine

Wartawan Angela (Jennifer Carpenter) dan jurukameranya Scott (Steve Harris) sedang bercerita mengenai alat pemadam kebakaran shift malam untuk program TV realiti.

Panggilan tentang keluhan larut malam daripada ramai orang membawa mereka ke bangunan pangsapuri yang terletak di Los Angeles, di mana polis sedang menyiasat laporan jeritan mengerikan.

Pasukan TV dan pekerja kecemasan menjumpai seorang wanita tua, yang tiba-tiba menyerang dengan giginya. Mereka mendapati simptom penyakit anjing gila bermutasi yang membunuh sedang merebak di kalangan penghuni bangunan.

Situasi menjadi lebih cemas apabila mereka tidak berjaya keluar dari bangunan tersebut kerana telah diarahkan untuk dikunci dari luar bagi mencegah penularan penyakit tersebut ke luar bangunan.

Angela dan jurukameranya terus merakam kejadian yang berlaku di dalam bangunan tersebut di mana filem itu sendiri adalah hasil akhir rakaman-rakaman yang telah mereka lakukan.

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 105 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button