Ekonomi

Eskayvie Terima Dua Anugerah Enterprise 50 Anjuran SME Corp

SYARIKAT pengeluar produk kesihatan berkualiti tinggi, Eskayvie menerima Anugerah Enterprise 50 (E50) dalam satu majlis gilang gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

Majlis anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) dengan kerjasama Deloitte Malaysia serta rakan-rakan strategik seperti RHB Bank Bhd, Unifi Business, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), UOB Malaysia, RAM Rating Services Bhd, Media Prima Omnia Sdn Bhd dan Malaysia SME ini diadakan bagi mengiktiraf 50 syarikat PKS yang berprestasi tinggi, kompetitif serta berdaya saing sama ada di pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Kartika Wati menerima Anugerah Enterprise 50 dan Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 daripada Datuk Suriani Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia

Program anugerah tahunan ini telah diakreditasi sebagai anugerah terkemuka yang melambangkan pencapaian dalam perniagaan dan keusahawanan bagi mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang syarikat tempatan yang berdaya saing.

“Ini adalah satu penghormatan buat Eskayvie apabila berjaya meraih tempat ke-2 daripada 50 syarikat yang tersenarai dalam penyampaian anugerah ini,” kata Kartika Wati, Pengarah Urusan Eskayvie yang turut menjadi wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 dalam majlis yang sama.

Anugerah khusus untuk wanita yang julung kali diperkenalkan itu dibuat berikutan peningkatan menggalakkan penyertaan mereka ke dalam E50. Untuk tahun ini, seramai 21 atau 42 peratus usahawan wanita terpilih dalam kalangan 50 teratas atau ‘Top 50’. Malah untuk kedudukan 10 teratas pula, 40 peratus adalah wanita.

“Anugerah ini membuktikan bahawa perjuangan dan visi Eskayvie dalam memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah adalah sangat signifikan dan penting di dalam menyokong pembangunan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam era pasca COVID-19,”

“Dua anugerah yang diperolehi ini sebenarnya membuktikan bahawa syarikat Bumiputera seperti Eskayvie yang diterajui oleh wanita mampu mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi di kalangan syarikat tempatan. Ia turut mengiktiraf sumbangan Eskayvie ke arah pembangunan negara serta memberi galakan kepada kami untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara,” kata Kartika lagi.

Kartika Wati di Majlis Sidang Media Anugerah Enterprise 50 (E50) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, sebanyak 213 penyertaan dicatatkan tahun ini, iaitu tertinggi sejak diperkenalkan pada 1997.

“Hanya syarikat yang mendapat penarafan 4 dan 5 bintang di bawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) sahaja yang layak untuk disenaraikan dalam anugerah E50 ini.

“Eskayvie juga telah melalui proses penilaian yang ketat berdasarkan pelbagai parameter, antaranya termasuk proses perniagaan, kewujudan pasaran, kedudukan kewangan; serta adaptasi digitalisasi dalam syarikat masing-masing,” kata Rizal Nainy.

Kartika Wati dan Dr Syid Ayob bersama dua anugerah yang diterima Eskayvie dalam majlis anjuran SME Corp Malaysia dengan kerjasama Deloitte Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre

Platform digital Eskayvie Nexus yang diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 sebelum ini telah membantu ramai yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya. Ada yang kehilangan pendapatan dan diberhentikan kerja, juga terpaksa berdepan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Melalui inisiatif pendigitalan inilah Eskayvie telah banyak membantu para usahawan untuk berniaga secara atas talian. Malahan, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang bernaung di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan skil keusahawanan mereka dengan menguasai strategi pemasaran dan jualan serta aspek kepemimpinan yang berkesan.

Pasukan pengurusan Eskayvie turut sama meraikan kejayaan menerima dua anugerah daripada SME Corp Malaysia

Sehingga kini Eskayvie telah berjaya melahirkan lebih 78,000 orang usahawan Nexus di seluruh Malaysia yang mampu menjana pendapatan lima angka setiap bulan.

Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Wellnes yang kini semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus dan menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari www.eskayvienexus.my atau hubungi 03-55111050 atau ke pautan https://linktr.ee/EskayvieMalaysiaOfficial.

Artikel berkaitan > Anugerah E50 bantu usaha penjenamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana – SME Corp

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button