fbpx
NasionalPolitik

Najib sebak

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sebak beliau melihat keadaan hidup penduduk terutama di kampung-kampung yang pernah menerima bantuan kerajaan ketika pentadbiran Barisan Nasional.

Perasaan tentang kesusahan rakyat itu dikongsi  dalam Facebook beliau selepas mengadakan lawatan ke kampung-kampung berkenaan.

Berikut kenyataan penuh Najib:

Sebak saya.

Banyak peruntukan khas ketika saya PM disalurkan sampai ke kampung-kampung.


Rakyat dapat merasa dan melihat projek ini.

Surau, masjid, dewan masyarakat, jalan kampung dan banyak lagi projek rakyat.

Kini satu demi satu kampung menjemput saya kembali.

Mereka ingin tunjuk saya apa yang saya berikan kepada rakyat dahulu.

Terima kasih saudara-saudari.

Saya kini tidak ada sumber atau kuasa untuk berikan apa-apa lagi kepada rakyat.

Sama-samalah kita bangkit.

Kita doakan satu hari nanti.

Tanah air kita ini kembali kepada rakyat, bukan di tangan kroni PH.

Show More

Related Articles

Back to top button