Politik

JIKA NAJIB DILANTIK SEMULA…

 

Kembali mencetus kontroversi selepas URA-URA pelantikan DSNR sebagai penasihat ekonomi negara bertaraf menteri.Pelbagai suara-suara bingit terdengar yang mengatakan UMNO dan kleptokratnya telah kembali berkuasa serta DSIS cuma boneka kawalan “WARLORD UMNO”.

Namun,hakikat sebenarnya adalah tidak sedemikian bahkan jika diperhalusi DSIS sedang mencaturkan semua pihak untuk satu kepentingan yang PALING utama yakni KEPENTINGAN NEGARA.

Jika di lihat secara sekilas pandang, tentunya kita gagal mentafsir langkah PM-DSIS ini sebagai langkah politik matang, kerana mengambil individu yang masih di hantui dengan kes rayuan makhamah yang masih berjalan serta masih memikul beban tuduhan skandal kewangan terbesar di Malaysia.

Tetapi, jika dilihat secara teknikal politik, secara jujurnya tindakan PM-DSIS adalah strategi politik yang sangat ampuh dan sangat kritis serta meletakkan DSNR perlu ” WALK HIS TALK OR ALL HIS MEDIA CONTENT / IDEAS /CRITICISM TOWARDS GOVERMENT IS JUST BULLSHIT”.

DSIS sedang menjadikan rakyat sebagai “HAKIM” untuk menentukan sendiri kebenaran tersebut.

Bilamana ternyata DSNR gagal menjalankan fungsinya, maka beliau sedang meletakkan TALI GANTUNG kepada karier politik beliau sendiri. Kerana dengan semua kritikan dan saranan – saranan “popular” beliau sebelum ini, beliau akan di cermati dengan teliti oleh rakyat negara ini.

Slogan “BEKERJA BERSAMA RAKYAT” kini bukan lagi cuma sebuah wacana kosong tetapi sedang di terjemahkan sendiri oleh DSIS sebagai sebuah realiti mapan yang akan terus menjadi dasar kerajaan dalam menjalankan fungsinya.

DSIS dengan tema “KELUARGA MALAYSIA” , beliau benar-benar ingin merangkul semua pihak dalam satu KERJASAMA POLITIK MATANG demi kepentingan dan keutamaan negara serta mempercepat proses pemulihan yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19.

BUKAN cuma DSNR bahkan BARISAN PEMBANGKANG juga di lihat sedang di rangkul oleh DSIS dalam mewujudkan “GENCATAN POLITIK” secara tidak rasmi buat sementara waktu sementara menuju PRU-15.

Setelah diperhalusi dengan cermat dan tapisan demi tapisan dari pelbagai sudut di ambil kira, DSIS di lihat benar-benar ingin menakhodai bahtera bernama Malaysia ini keluar dari kemelut politik murahan yang seakan tidak berkesudahan sama sekali.

Dari itu, semua pihak seharusnya pada masa kini merestui tindakan DSIS dan menerima huluran tangan beliau dalam bersama-sama memulihkan negara ini dan mana-mana pihak dengan kepentingan peribadi perlu berhenti melobi kerana jika pada pengamatan DSIS individu tersebut dilihat bersesuaian dan berkemampuan pastinya “AMANAH” akan di berikan .

Amanah adalah beban tanggungjawab yang akan dipersoalkan dan bukannya sebuah kaedah culas untuk lepas dari hukuman undang-undang bila mana ternyata di dapati bersalah.

JALANI DAN RAKYAT AKAN MENGHAKIMI PADA PRU YANG AKAN TIBA TIDAK LAMA LAGI .

-RP-

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button