Politik

MUDA kecewa permohonan pendaftaran parti ditolak

PARTI baharu yang hendak ditubuhkan secara rasmi, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dilapor tidak mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Perkara itu dimaklumkan Muda dalam satu kenyataannya hari ini yang menzahirkan kekecewaan kepada ROS kerana tidak memberikan sebarang alasan kepada penolakan itu.

Muda menzahirkan kekecewaan kerana mendakwa sudahpun memenuhi syarat dan kerjasama kepada ROS bagi membenarkan parti itu didaftarkan secara rasmi.

Bagaimanapun, parti tersebut memaklumkan akan mengambil tindakan mahkamah bagi memastikan pendaftaran Muda dapat dilaksanakan.

“Dalam emel yang telah dihantar kepada Muda semalam, JPPM menyatakan bahawa permohonan telah ditolak, dan tiada sebab yang diberi.


“Penolakan ini dinyatakan selepas hampir empat bulan Muda menghantar permohonan.

“Muda kecewa dengan penolakan ROS. Di pihak Muda, kami telah memberi kerjasama penuh dan telah mematuhi segala syarat untuk pendaftaran.

“Oleh itu, tiada sebab kukuh untuk ROS menolak pendaftaran Muda.”

Demikian kenyataan parti itu yang dimuatnaik menerusi hantara dalam Facebooknya hari ini.

Tambah kenyataan itu, ROS tidak sepatutnya menolak kebebasan rakyat Malaysia untuk berpersatuan dan itu adalah hak kepada warganegara untuk mengambil bahagian dalam proses demokorasi.

Justeru, parti itu menganggap, kebebasan tersebut telah disekat oleh kerajaan dan mendakwa kegagalan Muda didaftarkan sebagai parti adalah angkara Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ini adalah usaha jahat kerajaan PN untuk menghalang Muda, serta penyokongnya, daripada mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Langkah ini juga melanggar hak berperlembagaan Muda untuk membentuk persatuan.

“Kita menuntut bahawa kerajaan ini bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan adil, tulus dan bersih dan tidak menggunakan taktik licik dan kotor,” tambahnya.

Dalam pada itu, Muda turut berpendapat penolakan pendaftaran partinya mempunyai kaitan dengan pembongkaran skandal membabitkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Penolakan Muda juga datang sehari selepas pembongkaran skandal keluarga Tajuddin berkait projek LRT Dang Wangi,” dakwanya. – SM

(Visited 317 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button