Politik

ROS perlu bimbing pemohon daftar pertubuhan

ISU kegagalan mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang dihadapi oleh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) disifatkan tidak bertamadun.

ROS sepatutnya perlu memaklumkan dengan jelas jika terdapat sebarang perkara yang tidak memenuhi keperluan undang-undang dalam menubuhkan persatuan ataupun parti politik.

Namun, sebaliknya berlaku apabila tiada alasan yang jelas diberikan oleh ROS mengenai keputusannya tidak meluluskan penubuhan Parti Pejuang.

Malah, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga turut menerima nasib yang sama.

Oleh demikian, tindakan yang dibuat oleh ROS juga disifatkan sebagai tidak bertamadun dan seperti masih terikat dengan kawalan penjajah.

“Berkaitan penubuhan Pejuang, saya melihat rentetan permohonan penubuhan sejak 12 Ogos lalu, terdapat beberapa siri pertemuan diadakan antara sekretariat penaja dan juga pihak ROS.

“Pebagai perkara dibincangkan termasuklah mematuhi keperluan undang-undang untuk menubuhkan parti politik serta semakan perlembagaannya.

“Namun, dalam tempoh empat bulan sejak tarikh mula permohonan, tiada jawapan diberikan oleh ROS.

“Sehinggakan pada 10 Disember lalu satu tindakan mahkamah dibuat bagi memohon semakan kehakiman, ketika itu ROS masih belum kemuka jawapan rasmi.

“Tetapi pada 6 Januari, sekretariat memaklumkan, menerima email daripada ROS pada pukul 5.50 petang iaitu selepas tamat waktu bekerja rasmi memberitahu permohonan pendaftaran Pejuang tidak diluluskan.

“Kenapa sekurang-kurangnya sehari sebelum itu tak dimaklumkan kepada Pejuang supaya pembetulan boleh dibuat jika masih tidak mematuhi keperluan undang-undang?”

Demikian persoalan dilontarkan peguam kanan, Haniff Khatri dalam satu temubual bersama Jom Channel FB Live yang dikelolakan oleh moderator Zawazi Yusof.

Terdahulu, Pejuang dan MUDA menerima jawapan daripada ROS mengatakan permohonan pendaftaran sebagai parti politik tidak diluluskan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas mengikut Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966, alasan mengapa kelulusan tidak berikan kepada Pejuang dan MUDA.

Dalam pada itu, Haniff turut memaklumkan tindakan ROS itu tidak sepatutnya dilakukan sebagai sebuah agensi atau jabatan Kerajaan Persekutuan.

Ini kerana, ROS tidak memberi panduan dengan jelas kepada permohonan pendaftaran pertubuhan.

“Tidak semestinya permohonan dibuat mesti diluluskan. Tetapi, ROS perlulah bantu, pandu pemohon untuk mematuhi keperluan undang-undang,” ujarnya. – SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button