Politik

Dahulu Hamzah melutut, sekarang Tun Pula – Mohd. Puad

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disifatkan sebagai seorang yang sangat berkuasa kerana ‘mengawal’ pelbagai agensi penting dalam kerajaan.

Malah, Hamzah juga dikatakan membuat beberapa Ahli Parlimen ‘melutut’ kepadanya terutama dalam hal menubuhkan parti politik baharu.

Ini termasuklah Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr, Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Susulan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh pada Februari tahun lepas, kedua-dua wakil rakyat itu mahu menubuhkan parti politik baharu.

Parti tersebut ialah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Namun, permohonan untuk mendaftarkan parti berkenaan tidak diluluksan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Dalam afidavitnya di Mahkamah, Syed Saddiq mendakwa Hamzah  letak syarat mesti sokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika mahu pendaftaran parti MUDA diluluskan.

“Syed Saddiq buat tuduhan serious. Apakah itu cara Muhyiddin mengekalkan kuasa.”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menasihatkan supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meluluskan penubuhan parti MUDA memandangkan kedudukan Muhyiddin tidak terjejas.

“Elok kerajaan PN luluskan sahaja MUDA. Lagi pun takut apa dengan Syed Saddiq. Bajet 2021 sudah pun lulus. Muhyiddin boleh terus jadi PM (Perdana Menteri) sampai darurat ditamatkan.

“Apa pun jangan main main dengan Hamzah. Dia very powerful. Dia Menteri yang jaga PDRM, ROS dan Imigresen.

“Dulu Hamzah melutut dengan Tun (Dr. Mahathir), sekarang Tun melutut dengan Hamzah untuk daftar Pejuang,” selorohnya.

Walau bagaimanapun, Mohd. Puad memaklumkan beliau berharap UMNO tidak akan menerima tekanan serupa, namun menyindir, tidak menolak wujud individu ditekan sedemikian.

“Semoga UMNO tidak tunduk kepada sebarang tekanan. Mungkin ada individu yang takut menerima tekanan seperti itu. Takut didakwa, takut hilang jawatan.

“Didoakan semoga Hamzah cepat sembuh dan sihat walafiat,” katanya. – SM

(Visited 872 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button