Politik

Daftar Pejuang, MUDA: Menteri tidak boleh campur tangan urusan ROS

MENTERI Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin diberitahu tidak boleh mencampuri urusan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Walaupun jabatan tersebut adalah dikawal selia oleh KDN, namun jabatan tersebut mempunyai undang-undang yang dikuatkuasakan iaitu Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanapun, dakwaan seperti kegagalan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kerana terdapat pengaruh menteri, disifatkan sebagai persepsi.

Malah ROS tidak boleh melabelkan diri mereka sebagai tertakluk di bawah arahan menteri.

“Memang jabatan kerajaan terletak di bawah kementerian-kementerian tertentu, macam ROS terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

“Maksudnya, dalam bahasa biasa, bila dikatakan ROS di bawah Menteri KDN, sekarang ini di bawah Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ini tidak bermakna bahawa ROS perlu menganggap mereka tertakluk kepada arahan menteri.

“Tidak boleh, itu dari segi undang-undang adalah fahaman yang haram, sebab ROS tertakluk kepada peruntukan perlembagaan dan undang-undang iaitu Akta Pertubuhan.”

Demikian penjelasan peguam kanan, Haniff Khatri dalam satu temubual secara langsung menerusi Facebook Jom Channel FB Live yand dikendalikan oleh moderator, Zawazi Yusof, hari ini.

Terdahulu, ROS mengeluarkan satu makluman kepada Pejuang dan MUDA mengenai permohonan untuk menubuhkan parti politik.

Bagaimanapun, berita tidak gembira diterima Pejuang dan MUDA, namun tiada alasan jelas diberikan oleh pihak ROS.

Walau bagaimanapun, Haniff memberi amaran kepada Menteri KDN sekiranya terdapat campur tangan dalam urusan ROS.

Katanya, jika hal tersebut berlaku, menteri terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jadi, menteri itu menyelia untuk menyampaikan maklumat agensi persekutuan dan membawa masalah agensi kepada kerajaan.

“Contohnya, jika ROS mendapati tidak cukup pegawai hendak buat siasatan tentang aduan mana-mana pertubuhan.

“Ataupun, tak cukup kelengkapan dalam jabatannya dan mereka perlu bantuan dari sudut pengambilan pekerja penjawat awam ataupun dana untuk penyeliaan program-program ROS.

“Maka, dia kena minta melalui menteri dan menteri akan majukan perkara tersebut kepada kabinet sama ada Menteri Kewangan ataupun kepada Jabatan Perkhimatan Awam (JPA) untuk tujuan memperolehi penjawan awam di dalam agensi ROS tersebut, itu maksudnya.

“Agensi ROS tertakluk di bawah menteri, bukan maksudnya menteri boleh kata jangan lulus.

“Itu rakyat kena faham, disitulah sekiranya kita bukanlah hendak kata perkara itu semestinya berlaku.

“Tetapi persepsi ini wujud dan jika betul bahawa ada penglibatan salah, maka bukan sahaja penglibatan itu melanggar undang-undang.

“Itulah dikatakan sebagai salah guna kuasa di bawah Seksyen 23, Akta SPRM,” jelasnya. – SM

(Visited 402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button