GajetTeknologiUlasan

Microsoft akan mengeluarkan peti sejuk mini menyerupai konsol Xbox Series X

Idea asal hanya bermula dengan sindiran netizen

Dengan menggunakan sindiran dalam talian membandingkan Xbox Series X dengan peti sejuk sebagai pembakar semangat, Microsoft akhirnya akan mula mengeluarkan dan menjual peti sejuk mini Xbox pada sebelum hujung tahun ini. Pengumuman itu dibuat pada akhir acara Xbox + Bethesda sewaktu temasya E3 mereka.

Xbox Series X mula diperkenalkan pada bulan Disember 2019. Netizen kemudian menyedari bahawa konsol itu kelihatan seperti peti sejuk moden, di mana mereka mula berjenaka tentang isu itu dan mengedit gambar konsol Xbox tesebut dimuatkan dalam gambar perkakasan dapur rumah.

Pada Oktober 2020, Microsoft melayan sindiran serta jenaka netizen itu dan menghasilkan peti sejuk tersebut menjadi kenyataan dalam unit yang terhad. Walau bagaimana pun peti sejuk replika tersebut sangat besar dengan berskala 1: 1 Xbox Series X, tingginya lebih dari 6 kaki dan beratnya 400 paun.

Bagaimana pun, pada bulan Mac tahun ini, perkara Microsoft menjadi lebih seruis tentang pengeluaran peti sejuk ini. Pengurus besar Pemasaran Xbox Games, Aaron Greenberg berjanji untuk meletakkan peti sejuk mini Xbox Series X yang sebenar jika pengguna Twitter membantu jenama Xbox memenangi “Best of Tweets Brand Bracket”. Beliau juga memberi jaminan kepada peminat bahawa “itu bukan gurauan April Fool” kerana beliau mengumumkannya hanya sehari selepas 1hb April.


Microsoft akhirnya menang dengan memperoleh 341,731 undi, 50.5% untuk Xbox dan 49.5% untuk Skittles. Dan seperti yang dijanjikan, Microsoft menunaikan janji mereka untuk menghasilkan peti sejuk mini tersebut.

Peti Sejuk Mini Seri X tersebut mempunyai logo Xbox di sudut, dan mempunyai Xbox-esque berwarna hijau di bahagian dalam. Dalam pengumuman mereka, peti sejuk juga akan dikuasakan oleh “Xbox Velocity Cooling Architecture”, dan ianya dapat memuatkan dari 10 tin minuman.

Harga peti sejuk mini Xbox ini masih belum diumumkan lagi, tetapi ia akan mula dijual pada akhir tahun ini. – SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button