Teknologi

5 Jenis Penapis Air Popular Di Pasaran Yang Mungkin Berada Dalam Rumah Anda!

Dalam memastikan kesihatan diri terjamin, pemilihan kandungan air bersih yang diminum sering menjadi keutamaan masyarakat pada hari ini.

Sehubungan itu tidak hairanlah banyak syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk penapis air elektronik dengan pelbagai jenama dalam pasaran.

Secara umumnya, sistem penapis air bertindak memisahkan bendasing dan bakteria untuk menghasilkan air yang selamat untuk diminum oleh seisi keluarga.

Berdasarkan carian Suara Merdeka dalam media sosial, berikut adalah lima jenis penapis air popular yang terdapat dalam pasaran dan mungkin anda pun milikinya :

1. Cuckoo Water Purifier Fusion Top

Ciri-ciri khas :

• Sistem penapisan air enam peringkat dan empat jenis penapis iaitu jenis sedimen, pra-karbon, penapis     semulajadi dan penapis positif nano.
• Tangki air sistem dalaman bersifat antibakteria dan tahan karat.
• 3 jenis suhu air minuman iaitu suhu normal, panas dan sejuk.
• Kapasiti beratnya 16.5 kilogram.

2. Coway Villaem CHP-08AR


Ciri-ciri khas :

• Sistem Pembersihan Osmosis Berbalik (Reverse Osmosis)
• Sistem kawalan suhu air dual untuk menukar air bersuhu panas menjadi air bersuhu suam (97°C ke 45°C) ataupun menukar air dari suhu biasa ke suhu air sejuk.
• Saiz tangki bagi air suhu bilik kapasiti 6.4 liter, air sejuk 3.7 liter manakala air panas 1.2 liter.

3. Air Joven JP200


Ciri-ciri khas :

• Menyingkirkan 99.9% klorin, karat, kekeruhan, sedimen dan bau yang tidak diinginkan.
• Menawarkan fungsi injap dwi-pilihan iaitu mod tapis atau tidak tapis bagi air minuman.
• Paip air yang diperbuat daripada keluli tahan karat (stainless steel).

4. Bio Pure Water Filter K-300


Ciri-ciri khas :

• Sistem Pembersihan Osmosis Berbalik (Reverse Osmosis)
• Dilengkapi dengan 3 jenis suhu air minuman iaitu suhu bilik, sejuk dan panas.
• Menawarkan ciri keselamatan, Child Safety Lock untuk keselamatan kanak-kanak.
• Kapasiti air sehingga 10 liter.

5. Panasonic TK-AS45 Alkaline Water Ionizer

Ciri-ciri khas :

• Jenis Penapis Pengionan Alkali.
• Menapis 17 jenis bahan bendasing dalam air yang tidak baik untuk kesihatan.
• Menyingkirkan air dari bahan klorin.
• Menggunakan proses elektrolit positif dan negatif untuk menghasilkan gabungan air pengionan beralkali dan air pengionan berasid.
• Kapasiti keseluruhan air 12,000 liter.

(Visited 641 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button