Gajet

Tidak Ramai Rakyat Malaysia Tahu Aplikasi MySejahtera Boleh Berfungsi Tanpa Data Internet

Pernahkah anda bergerak keluar dari kawasan tempat tinggal anda dan singgah di mana-mana kawasan yang tiada liputan rangkaian atau data internet?

Boleh jadi kerana kawasan tersebut sememangnya terlindung dengan rimbunan pokok besar atau lokasi berkenaan adalah kawasan kampung yang kurang penduduk.

Baru-baru ini penulis berkesempatan untuk merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dan pulang semula ke ibu kota.

Sebelum pulang ke ibu kota, penulis bersama keluarga sempat singgah di Negeri Sembilan untuk mengalas perut dan menikmati hidangan salai yang cukup popular di negeri itu.

Imbas Kod QR Jadi Rutin

Sebaik sahaja tiba di sebuah kedai makan, seperti biasalah.. rutin orang kita adalah perlu imbas kod yang tertera untuk mengesahkan kehadiran di sesuatu lokasi itu.

Namun malangnya, liputan rangkaian telekomunikasi di kawasan tersebut sangat kurang memuaskan sehingga data internet pun tiada.

Maka penulis dan keluarga bertanyakan kepada pekerja kedai makan tersebut, “Di manakah buku untuk menulis nama dan nombor telefon?”

Dijawabnya, “Tak perlu buku, bang. Tutup data internet dan wifi kalau ada. Tutup dan jangan sambungkan buat sementara.

“Bukan dibiarkan begitu sahaja walaupun tiada internet. Lepas abang dah tutup, cuba imbas semula kod yang ada macam biasa,” kata pekerja kedai makan tersebut.

Pengetahuan Baharu Orang Bandar

Mendengar nasihat pekerja kedai makan tersebut, penulis membalas, “Ini kali pertama saya tahu MySejahtera boleh buat macam ni.

“Maklumlah kalau dekat Kuala Lumpur, semua orang berharap pada data internet termasuklah yang guna bil bulanan atau data asas internet,” terang penulis.

Katanya, penulis bukan orang pertama yang dia jumpa mengalami kejutan sedemikian kerana MySejahtera sudah diperkenalkan sejak beberapa bulan yang lalu.

MySejahtera Berfungsi Tanpa Data Internet

Salah satu rahsia tentang MySejahtera yang ramai orang bandar tidak tahu adalah ia boleh berfungsi seperti biasa walaupun tiada internet.

Namun caranya harus betul iaitu dengan menutup data internet dan wifi terlebih dahulu. Bukannya tengok telefon tiada liputan dan terus mencuba, memang tidak akan berhasil.

Dengan berbuat demikian di tempat yang internetnya perlahan atau liputan rangkaian telekomunikasinya teruk, proses untuk ‘check in’ juga jauh lebih pantas dan anda boleh merekod kehadiran anda di lokasi yang baharu tanpa sebarang masalah!

P/s : Cuba tutup data internet dan wifi. Kemudian baru cuba. Kalau tak menjadi juga, telefon anda kot yang bermasalah!

Ikuti : Instagram @mysuaramerdeka
Ikuti : Twitter Suara Merdeka
Ikuti : Tik Tok @mysuaramerdeka

(Visited 14,804 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button