GajetpilihanUlasan

Vivo X80 Pro hadir dengan sensor utama 50-megapixel

Vivo X80 Pro hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED dengan resolusi QHD+, serta kadar segar semula mencapai 120Hz.

Menariknya pada bahagian cip pemprosesan, ia dilengkapi pilihan sama ada cip Snapdragon 8 Gen 1 atau MediaTek Dimensity 9000.

Ia turut hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM, serta ruangan storan 512GB.

Pada bahagian kamera, Vivo X80 Pro hadir dengan sensor utama 50-megapixel 1/1.3” yang turut dilengkapi sokongan autofokus berasaskan lazer.

Kamera belakang turut dilengkapi dengan sensor 12-megapixel dengan sokongan 2x zum, sensor 8-megapixel dengan sokongan periskop 5x, dan lensa ultra-lebar 48-megapixel.


(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button