GajetUlasan

Huawei Watch GT 3 Pro: Jam Tangan Pintar Buat Pemakai Yang Aktif!

Bagi penggemar jam tangan pintar, Huawei Watch GT 3 Pro mungkin perlu dipertimbangkan kerana ia cukup sesuai untuk mana-mana individu yang gemarkan ketrampilan aktif.

Huawei Watch GT 3 Pro didatangkan dengan dimensi 46.6 mm x 46.6 mm x 10.9 mm namun ukuran sebenar antara produk individu mungkin berbeza-beza.

Semua spesifikasi tertakluk kepada produk sebenar kerana saiz produk, berat produk dan spesifikasi berkaitan adalah nilai teori sahaja.

Mampu Bertahan 8 – 14 Hari

Untuk kegunaan biasa, Huawei Watch GT 3 Pro ini mampu bertahan sehingga 14 hari.

Senario kegunaan biasa itu adalah seperti:

30 minit panggilan Bluetooth setiap minggu, 30 minit muzik dimainkan setiap minggu, pemantauan kadar jantung didayakan, HUAWEI TruSleep™ didayakan untuk tidur, 90 minit bersenam setiap minggu (GPS didayakan), pemberitahuan mesej didayakan ( 50 mesej SMS, 6 panggilan dan 3 penggera sehari), skrin dihidupkan selama 200 kali sehari.

Manakala untuk kegunaan berat, Huawei Watch GT 3 Pro boleh bertahan sehingga 8 hari.

Senario kegunaan berat itu adalah seperti:

30 minit panggilan Bluetooth setiap minggu, 30 minit muzik dimainkan setiap minggu, pemantauan kadar jantung didayakan, HUAWEI TruSleep™ didayakan untuk tidur, pemantauan tekanan didayakan, 180 minit bersenam setiap minggu (GPS didayakan), pemberitahuan mesej didayakan (50 mesej SMS, 6 panggilan dan 3 penggera sehari), skrin dihidupkan 30 minit sehari.

Menariknya tentang port pengecasan jam tangan pintar ini, ia direka dengan kelebihan pengecasan tanpa wayar.

Ciri-ciri asas Huawei Watch GT 3 Pro

  • Keperluan Sistem: HarmonyOS 2 atau lebih baru, Android 6.0 atau lebih baru, iOS 9.0 atau lebih baru
  • Tahap kalis air: IP68, 5ATM, Menyelam (sehingga 30 meter)
  • Persekitaran Suhu: –20°C hingga +45°C Kelembapan: 5%~95% (bukan pemeluwapan)

Dari segi penderia (sensor) yang direka dalam Huawei Watch GT 3 Pro ini, ia dilengkapi dengan keupayaan:

  • Sensor pecutan
  • Penderia giroskop
  • Sensor magnetometer
  • Penderia denyutan jantung optik
  • Penderia barometer
  • Pengesan suhu

Mengenai Butang, Huawei Watch GT 3 Pro dilengkapi butang kuasa, butang fungsi, sokongan untuk operasi seperti menekan dan menahan serta memutar mahkota jam tangan.

Harga bagi model ini adalah RM1,399 dalam pasaran dan ia juga boleh dibeli secara ansuran pada harga RM116.58 selama 12 bulan.

 

(Visited 403 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button