Hiburan

Pereka fesyen jenama Cosry, Putra Aziz meninggal dunia

PEREKA fesyen dan juga pengasas bersama fesyen jenama Cosry, Putra Aziz meninggal dunia sekitar pukul 8.30 malam tadi.

Allahyarham berusia 45 tahun dan berita pulangnya allahyarham ke rahmatullah disahkan menerusi perkongsian di media sosial Facebook Cosry malam tadi.

Memetik GEMPAK, sumber yang rapat dengan allahyarham memaklumkan, kesihatannya mula merosok sejak dua minggu lalu.

Untuk rekod, allahyarham melakar nama sebagai pereka dalam bidang fesyen sejak tahun 2004 dan jenama Cosry bermula dalam pasaran secara kecil-kecilan ketika allahyarham dan rakan seperniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah dalam kalangan teman-teman rapat mereka.

Rekaan fesyen allahyarham mula mendapat tempat di hati khalayak penggemar fesyen dan perniagaan yang diasaskan berkembang.


Rentetan itu, allahyarham dan Ariff berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur.

Allahyarham pernah bekerjsama dengan artis popular tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Erra Fazira, Datin Lisa Surihani dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin serta ramai lagi.

Jenama Cosry menggalas tanggungjawab dalam mengemudi majlis perkahwinan angkasawan negaa Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr. Halina Yunos pada Oktober 2010.

Jenazah allahyarham akan disemasikan di Tanah Perkuburan Islam Segamat, Johor hari ini.

Salam takziah buat keluarga dan rakan-rakan allahyarham dari SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 539 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button