GajetTeknologiUlasan

Selepas Perkenalkan Pelan Prabayar, U Mobile Tampilkan Pascabayar Baharu!

U Mobile baru sahaja melancarkan pelan prabayar terbaru beberapa minggu lepas iaitu U25 dan U35 yang siap sedia dengan sokongan 5G.

Terkini, U Mobile perkenalkan pula pelan pascabayar baharu dinamakan Pascabayar 38 dengan harga RM38 sebulan dengan kesediaan menyokong 5G.

Untuk pelan ini, ia mudah tanpa sebarang FUP mahupun pecahan kuota kerana pelanggan diberikan 30GB sekaligus bersama panggilan domestik tanpa had. Untuk hotspot pula, seperti dikatakan, akan ditolak daripada 30GB tersebut.

Habis sahaja kuota 30GB, kelajuan akan diturunkan ke 64Kbps dan pelanggan boleh membeli kuota tambahan 5G untuk RM10 yang sah untuk 3 hari.

Dibandingkan dengan pelan U Mobile dengan harga lebih kurang sama, 30GB kali ini hadir tanpa had kelajuan, tidak seperti pelan prabayar GX30 dan GX38 yang dihad pada kelajuan 6Mbps.


Anda boleh ke laman web U Mobile untuk maklumat lanjut.

Untuk perbandingan pelan prabayar di Malaysia setakat Mac 2022, anda boleh baca di sini. Jika anda tertanya-tanya tentang penyedia internet fibre di Malaysia dengan pakej router Wi-Fi 6, anda boleh baca di sini.

Sumber: U Mobile

(Visited 120 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button