BeritaNasional

Jangan potong elaun penjawat awam!

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memotong elaun penjawat awam terutama pekerjaan membabitkan bidang-bidang kritikal.

Dalam  ciapan dan video pendek menerusi akaun Twitter beliau, Syed Saddiq sebaliknya mencadangkan supaya mengkaji semula elaun yang diberikan kepada ahli politik dan menteri.

Menurut Ketua Armada Bersatu itu, elaun kritikal dan gaji yang diterima oleh golongan pekerja seperti doktor, ahli farmasi dan jururawat di negara ini adalah di bawah kadar sebenarnya.

“Kita sepatutnya memotong segala elaun ahli politik dan menteri seperti saya, bukan elaun kritikal seperti doktor, jururawat muda dan perkhidmatan kritikal yang lain. Mereka sebenarnya telah pun bekerja lebih masa dan dibayar di bawah kadar tidak sepatutnya.

“Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pekeliling baharu dikeluarkan JPA yang membawa kesan kepada banyak anak muda dalam sektor kerajaan,” katanya malam tadi.

Sebagai permulaan bagi menunjukkan kesungguhannya, tegas Syed Saddiq, beliau akan memendek dan memulangkan elaun percutian yang diterimanya sebagai menteri selain meneruskan potongan 10 peratus gajinya.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button