Nasionalpilihan

Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung mereka wakili

MENTERI-MENTERI dan ketua-ketua jabatan perlu mengemukakan nama kampung yang mahu mereka wakili sesegera mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatam ini adalah cetusan idea dan pendekatan baharu agar masalah-masalah yang telah lama membarah di pendesaan dapat ditangani secara bersaluran dan berkesan.

“Mereka mesti mendengar setiap masalah dan cuba selesaikan. Masalah pengangguran, keciciran, misalnya, dapat diperbetulkan dengan lebih tangkas.

“Negara yang madani harus bermula dari bawah dan bergerak tegak atas landasan dan jalur perubahan.

“Sementalahan, saya turut menjelaskan dengan lanjut mengenai pengumuman kenaikan gaji penjawat baru-baru ini, selain turut menegaskan penjawat awam mesti menjaga integriti dan nama baik penjawat awam agar tidak mencemarkan imej keseluruhan tenaga kerja penjawat awam.

“Ini antara intipati mesej saya awal pagi tadi di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri,” katanya. – SM

(Visited 15 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button