NasionalRencah Hidup

Aku Suarakan Keterkilanan Dengan Prosedur Pihak Yang Berkuasa Tapi Siapalah Aku?

Salah siapa bila seorang anak terpaksa menanti di balai polis untuk dapatkan surat kebenaran merentas negeri dari jam 9 malam hingga 12 malam untuk pulang ke kampung melihat ibunya yang sedang nazak?

Alasannya dikata untuk pulang bersuka di kampung.

Salah siapa bila pihak hospital tak mahu bagi kerjasama untuk keluarkan surat mengatakan seseorang sedang bertarung dengan kesakitan agar anak-anak dapat mengemukakan bukti pada pihak polis?

Kekesalan lebih lagi apabila dapat kebenaran setelah kematian disahkan dan surat mati dikeluarkan. Apabila sampai ke kampung jasad telah disemadikan.

Rakyat juga yang salah. Kenapa tak ikut sop, sedangkan golongan bangsawan diberi kelonggaran.


Aku suarakan keterkilanan dengan prosedur pihak yang berkuasa bermula dengan kerajaan dan kegagalan sistem yang ada. Tapi siapalah aku.

Kredit: Izan Yahya

(Visited 95 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button