Politik

Tak wajar campur aduk politik dengan kebajikan – Khairuddin

WANITA Parti Pejuang Tanah Air (Pejuanita) Wilayah Persekutuan (Bahagian Segambut) mewakili Pejuang mengambil inisiatif menymyrerahkan sumbangan berupa barangan keperluan harian, makanan, kuih raya dan duit raya kepada masyarakat kurang berkemampuan di sekitar daerah Segambut, Kuala Lumpur.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan selaku Ketua Pejuang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyerahkan sumbangan sumbangan tersebut kepada lima belas keluarga Asnaf di sekitar Segambut Dalam dan Segambut Tengah, semalam.

Menurut beliau, objektif bantuan ini adalah untuk meringankan beban dan sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan program-program seperti ini kerana kami di Pejuang sentiasa prihatin akan keadaan masyarakat yang rata-rata terkesan dengan situasi ekonomi akibat pandemik Covid-19 ini, terutamanya golongan Asnaf.

“Ada yang hilang punca pendapatan. Adalah menjadi tanggungjawab bersama, sebagai rakyat Malaysia kita wajib membantu masyaratkat yang memerlukan bantuan.


“Bantuan yang kami agihkan ini termasuk juga hasil sumbangan dari beberapa individu yang ikhlas ingin bersedekah” katanya.

Menurut Khairuddin lagi, program yang menjurus kepada bantuan terhadap masyarakat kerap diadakan dan bukan hanya di bulan Ramadan sahaja.

“Ini adalah inisiatif “fardhu kifayah” kami di Pejuang untuk membantu pihak pihak yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa dan pendirian politik masing masing.

“Adalah tidak wajar jika hal kebajikan dicampur-adukkan dengan politik.

“Tujuan kami membantu masyarakat adalah atas dasar perikemanusiaan dan prihatin dengan keadaan miskin bandar di Wilayah Persekutuan ini, yang perlu ditangani mengikut kemampuan kami,” ujarnya. – SM

(Visited 266 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button