Politik

Mahathir akui rasuah berlaku ketika pentadbirannya

RASUAH tetap berlaku ketika pentadbiran siapapun yang menjadi Perdana Menteri di negara ini cuma ia dilaporkan ataupun tidak.

Hal berkenaan tidak boleh dinafikan, malah jika dilaporkan pun sama ada diambil tindakan ataupun tidak itu pun menjadi satu isu.

Soalnya individu tersebut perlu bersikap jujur ataupun tidak terhadap integriti dirinya sendiri tanpa perlu menuding atau dituding jari.

Walaupun angkanya sedikit, kesilapannya kecil, rasuah tetap rasuah tidak ada istilah sedemikian kerana ia tetap akan menyebabkan barah kepada negara.

“Ya, rasuah berlaku, tetapi tidaklah sampai perdana menteri (sendiri) yang korup.

“Saya tidak mencuri satu sen pun. Bahkan saya memulangkan wang. Ketika saya menjadi perdana menteri, saya bertegas memotong gaji Kabinet sebanyak 10 peratus.”

Kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu temubual bersama Radio Business FM (BFM) dalam segmen Breakfast Grilled yang dipetik laporan portal Free Malaysia Today hari ini.

Beliau berkata demikian seperti menafikan bahawa segala kekayaan dan harta yang dimilikinya adalah tidak datang daripada sumber rasuah seperti sangkaan kebanyakan pihak.

Namun, beliau turut menjelaskan tidak kisah jika dikritik atau dikecam oleh orang ramai walaupun sudah meninggal dunia nanti.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau juga mengaku segala warisan terhadap negara yang ditinggalkannya pun nanti pasti akan dikecam.

“Saya tidak peduli dengan warisan saya. Saya cukup yakin apabila saya mati, orang akan mengecam saya. Ia tidak penting, saya dah mati pun (waktu itu),” luahnya.

Bercakap mengenai bekas anak didiknya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir akui Ketua Pembangkang itu boleh menjadi Perdana Menteri.

Kata-kata beliau juga dilihat seperti tidak menolak sekiranya Anwar berkemungkinan menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti.

Namun, menurutnya, Anwar perlu membuktikan sokongan kepadanya melalui Parlimen terlebih dahulu.

“Buat masa ini, hanya Parlimen yang dapat membuat keputusan.

“Sekalipun Agong melantik perdana menteri, (keputusan itu) akan melalui Parlimen dan jika Parlimen menolaknya, dia tidak akan menjadi perdana menteri.

“Kerana, seseorang tidak boleh membentuk kerajaan tanpa majoriti. Setiap kali anda ingin meluluskan undang-undang, ia akan ditolak oleh majoriti.

“Kerajaan minoriti tidak mungkin wujud,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perubahan landskap politik negara yang mana tiada satu parti akan memperoleh majoriti pada masa akan datang.

Justeru, pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar itu membayangkan kumpulannya akan muncul sebagai Ahli Parlimen penting untuk membentuk kerajaan.

Namun, menegaskan tetap tidak akan bekerjasama dengan parti yang masih memiliki individu didaka di mahkamah atas tuduhan jenayah sama ada bersalah ataupun tidak.

“Parti utama harus bekerjasama dengan kami untuk membentuk kerajaan.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan mereka yang didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah, sama ada mereka didapati bersalah atau tidak,” tegasnya.

Malah dalam laporan sama, beliau turut mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menuduh pemimpin itu tidak melakukan banyak perkara untuk menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara.

Katanya, Proklamasi Darurat yang dimaklum Muhyiddin juga memberikan beliau kuasa besar, namun gagal menunjukkan kemampuannya menyelesaikan isu semasa. – SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button