Politik

Sabah akan roket bersama kita suatu hari nanti – ADUN DAP

KAWASAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor, Sabah akan terus menjadi sasaran DAP sehingga kerusi itu jatuh ke tangan parti itu.

DAP bertanding di tujuh kawasan pada Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu lalu dan DUN Bingkor merupakan satu-satunya kerusi yang gagal di tawan parti tersebut.

Kerusi itu juga satu-satunya kerusi gagal ditawan oleh DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

ADUN Ketari (DAP), Young Syefura Othman berkata, mereka telah berusaha sehabis baik untuk memenangi kerusi DUN yang sukar untuk ditawan itu. Namun beliau yakin Sabah akan ‘roket’ bersama DAP satu hari nanti.

“Tetapi saya dan juga team Roket tidak sesekali akan putus asa. Setiap kekalahan di PRK, PRN dan PRU akan terus membakar semangat kami untuk terus berusaha memenangi kepercayaan pengundi dan mencapai kemenangan.

“Kepada Team Roket Bingkor dan Sdra Peter Saili, kita sudah berjuang sehabis baik, jadi keep your head up, we will win Bingkor next time!” kata Young Syefura.

Kerusi DUN Bingkor dimenangi oleh calon Perikatan Nasional Robert Tawik yang memperoleh 7,891 undi dengan 5,070 undi majoriti. Sementara calon DAP Peter Saili memperoleh 2,821 undi.

Pada PRN Sabah calon-calon DAP bertanding di bawah logo parti Warisan.

Di DUN Luyang, calonnya memperoleh 15,510 undi daripada 17,127 pengundi yang keluar mengundi.

Di DUN Kapayang, DAP turut memperolehi undi terbesar iaitu 15,052 daripada 19,447 pengundi.

Di DUN Likas 8,173 undi daripada 9,467 pengundi; di DUN Tanjung Papat 5,900 undi daripada 8,676 pengundi; di DUN Sri Tanjung 11,150 undi daripada 14,559 pengundi dan di DUN Elopura 10,871 undi daripada 14,769 pengundi.

Sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan kejayaan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sabah dibayangi oleh kegagalan Warisan Plus untuk memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan.-SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button