PolitikUncategorized

‘Yakinlah Allah bersama orang yang sabar’, Kak Wan ditenangkan pengikut di Facebook

Kenyataan terbaharu Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Facebooknya selepas kecoh mengenai perubahan kerajaan sejak semalam mengundang reaksi pengikutnya.

“Manusia merancang, Allah yang akan menentukan. Yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar. InsyaAllah,” kata Dr. Wan Azizah yang juga mesra dipanggil sebagai Kak Wan dalam kalangan penyokongnya.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada keadaan politik yang tidak pasti terutama kedudukan beliau dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan ketika ini.

Sejak semalam pemimpin Bersatu, UMNO, Pas, parti dari Sabah dan Sarawak serta sebilangan besar pemimpin PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan mesyuarat tergempar dan pada sebelah petang berkumpul beramai-ramai di sebuah hotel.

Desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara, semalam, masih belum berakhir dan isu berkenaan dijangka berterusan pada hari ini.

“Rakyat Malaysia simpati dengan Kak Wan setelah langkah Kajang dipermainkan. Kerajaan baru ini pulak ada orang khianat. Sia sia je rakyat pangkah lambang PKR PRU-14,” kata Kamarul Mansor.

“Salam sejahtera untuk DS Kak Wan Azizah. Saya penyokong Kak Wan sejak 1998 lagi. Saya dan keluarga menangis setiap kali DSAI dikhianati. Saya sentiasa mendoakan dari jauh. Saya ikuti perkembangan perjuangan DSAI dan Kak Wan dengan harapan yang besar sekali. Saya yakin Allah pasti mengurniakan yg terbaik untuk kita semua,” nasihat Hasmah Jusoh.

“Kak Wan, sekali pun kami sekeluarga tidak akan lupakan perjuangan ini. Sama-sama kita berdoa agar pengkhianat akan terbuang.Doa kami untuk Malaysia,’ komen Raja Haziq.

“Sabar TPM kami sentiasa dibelakang anda Terkadang orang-orang ni tidak tahu keadaan kita mungkin tersepit antara dua, walau apapun tak dilupakan jasa TPM dalam memartabatkan hak kaum wanita di Malaysia,’ tulis Azrin Huu.

“Saya sekeluarga sentiasa bersama Kak Wan. Pertolongan Allah pasti datang. Teruskan doa dan tawakal,” nasihat Farahida Fauzi.

Bagaimapun terdapat juga komen yang mengkritik suami Dr. Wan Azizah, Anwar yang dituduh menyebabkan situasi  politik tidak tenteram kerana terlalu mendesak Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan kuasa kepada Presiden PKR itu.

“Terbaiklah. Tapi why  tak sabar laki Kak Wan. Duk ulang peralihan kuasa je kerjanya..Nampak dah huru hara dah. Silap-silap jadi pembangkang balik,” komen Akram Ayob.

“Apa yang kau orang buat kat Tan Sri Khalid tu sekarang kau orang pulak yang merasa. Sekarang baru nak sembang bab perancangan Allah ya? Sebelum ini macam-macam kau orang rancang. Tak terasa ke kau orang tu pun banyak yang tak betul? Belum lagi bab janji kau orang dengan rakyat,’ tulis Toya Mat Amin.

“Maaf datin, rasanya tidak sesuai pihak datin guna ayat ni. Patutnya rakyat yang dianiaya oleh pakatan pihak datin yang lebih layak guna ayat ni. Alhamdulillah jika betul kerajaan baru tertubuh, Saya akan buat sujud syukur. Allah tidak tidur, datin. Pertolongan Allah dah smpai. Lepas ni datin dan DSA boleh rehat , takk payah fikir pasal negara la. Dah jahanam teruk ni dikerjakan pakatan datin,” komen Hanani Yahaya.

Dr Wan Azizah Wan dan Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada jam 2 petang ini.

Semalam, suasana di Istana Negara sibuk dengan banyak kenderaan dilihat memasuki istana sejak jam 5.30 petang, sesetengahnya bersama polis pengiring. Kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan istana kira-kira dua jam kemudian.

Anwar pada satu majlis di kediamannya di Bukit Segambut, malam tadi, berkata pihaknya sedang menunggu maklumat mengenai apa yang beliau anggap sebagai satu percubaan menubuhkan sebuah kerajaan baharu.-SM

 

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button