Politik

Siti Kasim dan rakan-rakan tidak izin kerajaan pintu belakang

PEGUAM Siti Kasim dan 23 rakannya yang lain terdiri daripada aktivis masyarakat dan pensyarah universiti tidak mengizin atau mengiktiraf sebarang kerajaan yang dibentuk secara ‘pintu belakang.

Menurut peguam yang lantang bersuara itu, sebagai rakyat beliau terkilan dengan sikap pemimpin politik yang berasakan mereka sahaja berhak untuk menentukan siapa yang boleh menjadi kerajaan tanpa mendapat mandat daripada rakyat,

Jelas beliau, sekiranya Pakatan Harapan telah gagal sebagai sebuah kerajaan maka Parlimen perlu dibubarkan agar rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu.

“Kami sebagai rakyat terkilan terhadap ahli politik yang bersikap takbur bahawa mereka sahaja yang berhak membentuk kerajaan sesuka hati tanpa mandat yang sah dari kesemua warganegara Malaysia.

“Kami tidak akan mengizinkan atau mengiktirafkan apa-apa bentuk ‘kerajaan pintu belakang’ oleh satu dua ahli yang berkepentingan.

“Jika PH telah gagal sebagai sebuah gagasan politik maka rakyat mendesak Parlimen dibubar agar mandat baru dapat dibuat secara sah dan bermoral. Kami mohon Yang di-Pertuan Agung mengambil perhatian permintaan ini,” kata Siti Kasim.

Jelas Siti Kasim pendirian beliau turut dikongsi termasuk Professor Tajuddin Rasdi, Professor Terence Gomes, Datuk Dr. Johan Arriffin Samad, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail,  Datuk Noor Faridah Ariffin dan Datuk Ramli Ibrahim.

Sejak semalam pemimpin Bersatu, UMNO, Pas, parti dari Sabah dan Sarawak serta sebilangan besar pemimpin PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan mesyuarat tergempar dan pada sebelah petang berkumpul beramai-ramai di sebuah hotel.

Ia sekaligus mencetuskan spekulasi berhubung kemungkinan pengaturan semula politik dan pembentukan kerajaan baru.

Semalam, suasana di Istana Negara sibuk dengan banyak kenderaan dilihat memasuki istana sejak jam 5.30 petang, sesetengahnya bersama polis pengiring. Kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan istana kira-kira dua jam kemudian.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara hari ini berhubung isu yang sama.-SM

 

 

 

(Visited 1,094 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button