Politik

Dalam Bersatu Armada lebih aktif – Dr Mahathir

SAYAP pemuda Bersatu iaitu Armada lebih aktif memberi sumbangan kepada parti berbanding  yang lain.

Ini kerana ahli-ahli parti itu yang dewasa lebih banyak memikirkan ledudukan mereka dalam parti.

“Sebenarnya Armada ini satu sayap yang penting dalam parti Bersatu. Biasanya sayap penting sepatutnya ialah golongan dewasa tapi saya dapati sayap-sayap lebih utama daripada golongan dewasa. Bukan saja Armada tetapi Srikandi juga demikian. Lebih aktif daripada golongan yang dewasa.

“Golongan dewasa, mungkin kerana sudah dewasa, tak dapat memikir secara ideal, dengan harapan yang baik untuk bangsa, negara, agama.

“Mereka lebih tertarik dgn nasib mereka dalam parti,” kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada majlis makan malam mengutip dana Armada 2019 di Shah Alam malam tadi.

Sikap begitu kata beliau, boleh menyebabkan parti dan diri mereka kehilangan sokongan.

“Sebab itu bila sertai politik, perjuangan kita adalah perjuangan parti, bukan untuk diri sendiri.

“Kalau berjuang untuk parti, kita sendiri dapat nikmat. Tapi kalau untuk diri sendiri, kita dan parti tak rasa nikmat. Sepatutnya kita tahu perkara ini. Tapi masih juga ada yang fikir bahawa yang utama tak ada cabaran terhadap diri sendiri,” katanya.

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button