NasionalPolitik

Nak Bertanding Atas Tiket PN Boleh Namun Perlu Tandatangan SD – Gerakan

Semua lapan calon Parti GERAKAN menandatangani surat akuan berkanun (SD) atau aku janji bagi memastikan mereka tidak melompat ke parti lain selepas memenangi kerusi atau mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Lau Hoe Chai berkata, parti memahami bahawa rakyat menolak tindakan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat parti.

“Langkah menandatangani SD ini juga membantu mengekalkan kestabilan negara khususnya keadaan politik di negeri Johor.

“Antara perkara penting dalam SD adalah sekiranya calon GERAKAN memenangi kerusi dalam PRN ini dan kemudian menarik diri dari parti atau keluar untuk menyertai parti politik lain maka secara automatik jawatannya sebagai ADUN akan terlucut. Dalam erti kata lain, jika mereka menarik diri dari parti, dia akan kehilangan kerusi DUN,” katanya.

Beliau berkata, semua calon GERAKAN bagi PRN kali ini melalui proses pemilihan dan saringan yang ketat bagi memastikan mereka benar-benar layak sekali gus membuka peluang masing-masing untuk menang.

Pada Majlis Memperkenalkan Calon PRN Johor 2022 semalam, lapan calon mewakilI GERAKAN adalah Tan Kok Hong yang bakal bertanding di kerusi N12 Bentayan; Yong Fui Ling (N19 Yong Peng); Loh Kah Yong (N41 Puteri Wangsa); Dato’ Dr Ker Ching Sheng (N42 Johor Jaya); Yap Chiang Youis (N45 Stulang); Khoo Siaw Lee (N46 Perling); Tan Heng Choon (N51 Bukit Batu); dan Dato’ Tan Chin Hock (N55 Pekan Nanas).

“Bagi memastikan rekod calon adalah bersih, kami telah menyerahkan nama mereka kepada PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk semakan bagi memastikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah atau tidak terlibat dalam sebarang kesalahan rasuah atau guna kuasa,” kata Dr Lau dalam FB beliau semalam.

PRN Johor merupakan kali kedua GERAKAN menyertai PRN dalam gabungan Perikatan Nasional selepas PRN Melaka.

“GERAKAN telah menghantar calon terbaik dan berpengalaman pada PRN kali ini,” katanya. – SM

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button