Travel

Melawati Mall sambut Aidilfitri dengan tema Fabulous Flora Raya

BERTEMAKAN Fabulous Flora Raya, pusat membeli belah Melawati Mall meraihkan Sambutan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan ganjaran membeli belah yang disediakan termaksuk pertunjukan fesyen Raya yang menampilkan koleksi terkini dearipada jenama terkenal.

Antara jenama yang terlibat, Elrah Ezclusive, Ducati, Gene Martino, WHIP, Fana Couture, Truly Asia dan banyak lagi.

Pembeli akan dipamerkan dengan koleksi Raya baharu yang menarik, pelbagai pilihan untuk mencari baju kurung yang anggun, baju melayu, aksesori minyak wangi dan pelbagai keperluan raya ada di sini bermula 9 Mac hingga 21 April.

Dari kiri, Amir Ahnaf, Fahimi Rahmat (Penyanyi ANGAU dan Fadhli Masoot .

Malah ruang legar dihiasi daripada corak bunga yang terdapat dalam tekstil traditional Arab, Motif dan corak ini digabungkan dengan elemen reka bentuk moden, sekaligus dapat mencipta latar belakang yang cukup indah. Paparan yang menawan ini sedikit sebanyak akan membangkitkan suasana Raya yang indah buat semua pengunjung.

Selain dapat melihat pelbagai gaya dan fesyen bertemakan Raya dari jenama fesyen tempatan, tetamu dapat menikmati persembahan tarian Bunga Raya dan persembahan Dikir Barat.

Melawati Mall tidak lupa untuk menyediakan promosi menarik dan ganjaran buat pembeli. Dari 9 Mac hingga 14 April, pembeli berpeluang memenangi hamper Fabulous Floral Raya bernilai sehingga RM500 melalui Cabutan Bertuah Raya. Untuk menyertainya, pembeli hanya perlu berbelanja dengan minimum sebanyak RM150 di mana-mana kedai di Melawati Mall. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 18 April melalui saluran media sosial rasmi Melawati Mall.

Pembeli juga boleh menebus paket Fabulous Floral Raya eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit, dan Batik Raya Melawati Mall khas dengan perbelanjaan minimum RM350 dalam maksimum dua resit.

Persembahan Dikir Barat

Bagi untuk kanak-kanak pula, usah lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti eksklusif kelab kanak-kanak (MMKIDZONE) yang diadakan pada hujung minggu. Terdapat aktiviti untuk seisi keluarga termasuk seni anyaman Raya dan bengkel membuat paket Raya yang diadakan setiap hujung minggu serta pertandingan mewarna menarik yang akan berlangsung pada 30 & 31 Mac di tingkat dua, MMKIDZONE Utara. Untuk menyertai semua aktiviti ini, hanya daftar sebagai ahli kelab kanak-kanak (4 – 12 tahun) di ruang acara secara percuma.

Tidak luapa dari 26 Mac hingga 9 April, terdapat juga Bazar Ramadan yang berlangsung di Pintu Masuk Selatan yang menawarkan juadah berbuka puasa yang lazat, aksesori fesyen dan banyak lagi.

Artikle Berkaitan :>

TAMU hotel menyediakan pakej penginapan bersama Sahur Percuma

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button