Ekonomi

Ringgit meningkat, reaksi kepada penunjuk utama inflasi AS

RINGGIT diniagakan tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ekoran pelabur berhati-hati  menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Pasaran imbang tentang keputusan CPI yang akan datang — penunjuk inflasi utama yang boleh menentukan langkah seterusnya Rizab Persekutuan berhubung dasar monetari di AS.

Di samping itu, minggu depan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan akan mengadakan mesyuarat kedua untuk tahun ini.

Pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6790/4.6830 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6805/4.6830.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding paun British kepada 5.9971/6.0022 daripada 6.0107/6.0139 pada penutup Isnin.

Juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1856/3.1885 daripada 3.1923/3.1942 dan mengukuh berbanding 5.111/5.2 daripada 5.111 euro kepada 5.111/5.11. sebelum ini.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asia lain. = SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button