Nasional

Polis cari individu buat pusingan U secara mengejut hingga akibatkan kecederaan

Tindakan sebuah kenderaan yang membuat pusingan di garisan berkembar mengundang padah apabila sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak merempuh kenderaan itu.

Kereta tersebut bagaimanapun melarikan diri manakala dua mangsa iaitu penunggang dan pembonceng cedera ekoran kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku pada 5 Oktober lalu kira-kira pukul 5.30 petang.

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku ketika motosikal itu datang dari Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn melalui Jalan Suadamai.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta telah membuat pusingan sebelum dirempuh motosikal tersebut. Keadaan jalan ketika itu adalah basah dan hujan renyai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, akibat kemalangan tersebut pembonceng motosikal telah mendapat kecederaan dalaman dan dirawat di Hospital Kajang manakala penunggang pula cedera ringan.

Jelasnya, usaha untuk mengesan pemandu kereta tersebut sedang dijalankan.

“Siasatan mendapati kecuaian berpunca daripada kereta yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button