Agama

Lakukan amalan sunat menjelang 10 Ramadan terakhir

LAILATUL Qadar merupakan malam yang paling istimewa buat seluruh umat Islam namun tidak semua dalam kalangan kita bertuah dan dipilih untuk menyaksikan keajaiban malam tersebut.

Mengejar Lailalatul Qadar merupakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, mari lakukan amalan ini untuk meraih pahala dan kebaikan.

Berdoa ketika malam Lailatul Qadar
Lailatul Qadar

Daripada Abdullah Ibn Umar R.anhuma beliau berkata bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
تَحَيَّنُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ

Maksudnya: Carilah Lailatul Qadar itu pada 10 malam yang terakhir (bulan Ramadan). Riwayat Muslim (1165)

Berikut merupakan antara amalan pada malam Lailatul Qadar yang boleh dilakukan:

1. Bersungguh mulakan malam Lailatul Qadar dengan taubat.
Mulakan dengan taubat kepada dosa yang lepas, kembali kepada jalan Allah dan mengaku perbuatan, mohon ampun bagi mendekatkan diri dengan Allah.

3. Perbanyakkan Doa
Salah satu doa yang paling hebat adalah malam Lailatul Qadar maka perbanyakkan doa.

4. Sentiasa khusuk apabila berhadapan dengan Allah.

Menghadap pada Allah dengan penuh jiwa raga. Malam Lailatul Qadar khas untuk Allah sahaja. Jangan ada dalam hati kita selain daripada Allah.

Kadang kala rezeki kita sempit, mungkin kerana kurangnya pengampunan kita kepada Allah.

5. Jauhkan fikiran dari terus berfikir tentang dunia

Pasti di antara kita yang masih sibuk melakukan persiapan Syawal namun jika ingin memburu malam nikmat tersebut, pastikan jika ingin membuat kuih dan segala apa sahaja persiapan buatlah lebih awal sebelum masuknya 10 malam terakhir Ramadan.

6. Fokus kepada perlaksanaan Ibadah

Fokus kepada menjiwai ibadat. Jangan fokus nak banyakkan ibadat. Nak habiskan ibadah dan baca al-Quran dengan banyak. Jangan fikir untuk habiskan tapi fikir bagaimana untuk melaksanakannya dengan keikhlasan.

Berikut adalah contoh doa

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.

Artikle Berkaitan :>

Letih dengan penunggang agama dan bangsa

Festival Ramadan Putrajaya 2023 papar jenama dan barisan artis

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button