Nasionalpilihan

Terima faedah ‘landscapping’, pegawai kanan MBSA ditangkap – Azam Baki

Georgetown: Sembilan individu termasuk kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemberian projek kerajaan negeri kepada kartel tertentu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam berkata, beliau juga menamakan kes ini sebagai satu lagi bentuk kartel yang cuba dibongkarkan.

“Tangkapan terbaru membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan daripada MBSA.

“Salah satunya kita mengesyaki pegawai terbabit menerima satu faedah berbentuk ‘landscapping’ bernilai berpuluh ribu ringgit,” katanya kepada pemberita pada Program Cakna Rasuah SPRM Bersama Media Zon Utara di sini, hari ini.

Media sebelum ini mendedahkan, SPRM mengesan 68 syarikat kontraktor dalam senarai dipercayai disediakan jurutera MBSA yang didakwa ditawarkan tender projek pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Sebelum ini, enam pegawai MBSA dan seorang kontraktor ditahan SPRM berhubung siasatan tender projek Pelan Induk Saliran Lestari Shah Alam Shah Alam (SASUD).

Azam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat bagaimana perbuatan rasuah berlaku dalam kalangan individu terbabit.

“Kita juga ingin melihat bagaimana sebuah syarikat yang dikatakan mengawal lebih kurang 30 syarikat untuk mendapatkan projek-projek tertentu daripada jabatan berkenaan,” katanya.

 

(Visited 462 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button