Nasional

Memandu di bawah pengaruh alkohol, 3 ditahan

Tiga lelaki ditahan kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Alkohol dan Pencegahan Jenayah yang dilakukan di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asistan Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, operasi dijalankan kira-kira pukul 11 malam hingga pukul 3 pagi semalam.

Gambar ihsan IPD Petaling Jaya

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 699 orang pengguna jalan raya dan 561 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 39 hingga 44 tahun telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Selain tangkapan, menurut Nik Ezanee, sebanyak 51 individu telah dikenakan saman atas pebagai kesalahan lalu lintas.

BACA> Macau Scam: Suri rumah hilang wang simpanan RM2.4 juta

Jelasnya, 17 daripada mereka telah di saman di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu atau menunggang kenderaan tanpa kesen.

Tambahnya, operas sebegini akan terus dilaksanakan khususnya kepada semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan Petaling Jaya. -SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button