Nasional

Fahmi Reza disenarai hitam, dilarang ke luar negara

AKTIVIS Fahmi Reza mendakwa dia disenaraihitam dan dilarang ke luar negara.

“Aku dah kena blacklist dan dilarang ke luar negara,” katanya yang juga pelukis grafik di Twitter.

Semalam, dia dipanggil polis buat kali kedua, bulan ini.

Dalam hantaran ringkasnya di Twitter, Fahmi berkata: “Kembali ke Bukit Aman hari ini untuk janji temu dengan polis.”

Awal bulan ini, Fahmi dipanggil polis selepas berkongsi potret seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan di media sosial.

Beliau kemudian ditahan di Bukit Aman mengikut Akta Hasutan susulan siasatan berhubung perkongsian potret itu namun dibebaskan sehari kemudian.

Bulan lalu, Fahmi dituduh di Mahkamah Sesyen selepas didakwa menghina PAS dengan memuat naik grafik mengaitkan parti berkenaan dengan alkohol di Facebook.

Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dia dituduh mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia susulan pihak pendakwaan berhujah bahawa Fahmi memuat naik hantaran pada 1 Jun 2021 dengan sengaja niat mahu mengaibkan. – SM

(Visited 799 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button